Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Rabu, 3 Mac 2010

TIAN CHUA akan "LOMPAT PARTI"?


Rasa-rasanya, sebahagian besar masyarakat sama ada pro-PR atau pro-BN yang sentiasa mengemas kini maklumat melalui internet telah membaca berita tentang Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas pagi tadi. Saya ucapkan semoga dia berbahagia di dunia dan di akhirat. Maklumlah kunun-kununnya keluar kerana mempertahankan nama "Allah" (skrip popular).

Semalam, blog Manjong Mari ada menyiarkan 10 nama MP PKR yang dikatakan akan melompat menjadi wakil rakyat bebas tetapi mesra BN. Yang berikut ialah senarai MP yang didakwa akan melompat parti:

Zulkifli Noordin - Kulim-Bandar Baharu
Azan Ismail - Indera Mahkota
Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
Amran bin Ab Ghani - Tanah Merah
Ab Aziz Ab Kadir - Ketereh
Ahmad bin Kassim - Kuala Kedah
Rashid bin Din - Merbok
Zainal Abidin Ahmad - Hulu Selangor
Kamarul Bahrin Abbas - Teluk Kemang
Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Pagi tadi juga, Malaysia Kini ada melaporkan 12 MP PKR menafikan akan keluar PKR. Mereka seperti yang dilaporkan ialah "Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), S Manikavasagam (Kapar), N Gobalakrishnan (Padang Serai), Rashid Din (Merbok), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) and Hee Loy Sian ( PJ Selatan). Bagaimanapun, Loh dan Gobalakrishnan tidak hadir kerana berada di luar negara".

Yang menjadi tanda tanya apabila portal berita itu turut melaporkan: "tiga lagi ahli parlimen PKR - Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Zulkeflee Nordin (Kulim-Bandar Baharu) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) tidak menandatangani kenyataan tersebut". Yang pasti Mohsin sudah "selamat" melompat, apa pula cerita Wee Choo Keong dan Zulkeflee Nordin?

Baru sebentar tadi, saya terbaca blog anti-PKR menimbulkan persoalan: "ini maklumat yang baru aku terima.disamping kabaran 10 ahli parlimen pkr akan menjadi bebas tiba-tiba aku tersentak dengan maklumat yang cukup gempar. tian chua antara ahli parlimen terbaru dikabarkan bakal menjadi bebas !

tian chua adalah seperti bayangan 'ezam' dalam pkr. 10 tahun hidupnya bergelumang dengan reformasi dan belantan kayu fru, kini kabarnya dia bakal meninggalkan mentornya anwar attaturk..."


Frasa "hidupnya bergelumang dengan reformasi dan kayu belantan fru" sudah cukup untuk menafikan khabar angin yang diterima oleh empunya blog tersebut. Lainlah jika hendak dibandingkan ahli PKR yang melompat parti baru-baru ini. Mungkin dijentik oleh FRU pun tidak pernah. Jadi, kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa tulisan itu hanya sekadar kiriman untuk melariskan cerita di blog. Jika benar-benar terjadi, 1Malaysia tertanya-tanya akan tahap "mental" orang kuat PKR ini?

  1. payah2 sangat ambil aku saja jadi calon pkr utk pru13.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Mac 03, 2010 4:18:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH