Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Selasa, 16 Mac 2010

Siapa yang MENIPU?




[UTUSAN] KUALA SELANGOR 14 Mac - Kira-kira 50 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor bertindak meninggalkan mesyuarat agung tahunan bahagian itu kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Sungai Buloh, Jeram di sini petang ini.

Mereka keluar beramai-ramai ketika sesi soal jawab dengan ahli jawatan kuasa (AJK) yang diketuai Ketua Bahagian PKR Kuala Selangor yang juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedang berjalan.

Antara perkara yang tidak memuaskan hati mereka ialah cara ahli-ahli dipanggil datang ke mesyuarat agung dan isi kandungan minit mesyuarat yang diedarkan kepada semua yang hadir kerana didakwa tidak mengikut tertib dan melanggar perlembagaan parti.

Salah seorang ahli PKR yang keluar mesyuarat, Mazli Saring, 42, ketika ditemui berkata, ahli-ahli tidak diberitahu mengenai mesyuarat seperti yang sepatutnya iaitu dalam tempoh 14 hari sebelum mesyuarat berlangsung.

Kata beliau, cara pemberitahuan juga tidak melalui surat tetapi hanya iklan kecil di akhbar kira-kira lima hari sebelum mesyuarat berlangsung.

Ujarnya, minit mesyuarat juga boleh dipertikaikan kesahihannya kerana tiada notis pemberitahuan mesyuarat dan penyata tahunan yang dibentang juga tidak mengikut peraturan.

"Bila saya bangun mengutarakan masalah ini, mereka mencelah seolah-olah tidak mahu saya terus bercakap dan kemudian memberikan jawapan yang memang tidak selari dengan soalan saya.

"Mikrofon untuk ahli bercakap juga dipegang oleh 'orang' AJK dan bila mahu bercakap kena minta daripada mereka dan bila mereka nak suruh saya berhenti mereka terus ambil walaupun saya belum habis bercakap.

"Oleh itu saya dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk keluar kerana perbuatan itu seolah-olah mahu menyekat ahli-ahli daripada terus bersuara," katanya.

Seorang lagi ahli, Khalid Wahab, 40, berkata, beliau tidak berpuas hati kerana sebelum mesyuarat diadakan, terdapat cubaan mengehadkan kehadiran ahli-ahli ke mesyuarat agung kerana mewajibkan cawangan menghantar 10 orang sahaja menghadiri mesyuarat.

"Saya ada bukti kerana di cawangan Puncak Alam kami mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyuruh menghantar 10 orang sahaja. SMS itu dihantar kepada mereka yang menyokong AJK," katanya sambil menunjukkan SMS tersebut kepada wartawan....


Berita 2:

'Tiada Ahli PKR Cabang Kuala Selangor Keluar Mesyuarat'

[TVS] SHAH ALAM 15 MAC: Tiada ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor meninggalkan mesyuarat agung tahunan cabang parti itu, kata Setiausaha Kepimpinan PKR Selangor, Hamidi Hassan hari ini.

Beliau menegaskan mereka yang mendakwa kononnya ‘meninggalkan’ mesyuarat itu, sebenarnya tidak berada di dewan ketika mesyuarat AGUNG cabang berkenaan yang berlangsung pada 14 Mac 2010.

Dalam satu kenyataan media, Hamidi yang juga wakil pemerhati bagi mesyuarat cabang berkenaan menyatakan kenyataan kononnya 50 ahli PKR cabang itu keluar dewan, langsung tidak benar.

Katanya, kehadiran mesyuarat itu seramai 241 orang, jauh lebih dari mencukupi dari keperluan mesyuarat iaitu 30 orang, malah jumlah kehadiran jauh lebih baik berbanding mesyuarat sebelum ini.

Beliau juga memberi penjelasan bahawa panggilan notis bertarikh 25 Februari 2010 telah dikeluarkan dan diiklankan dalam sebuah akhbar bagi mengelakkan masalah notis tidak sampai melalui pos.


JADI, SIAPA YANG MENIPU?

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH