...bagaimana RM52 BILION saham orang Melayu lesap entah ke mana? Yang tinggal hanya RM2 BILION. Jangan tanya pada "cauvanis"/komunis Cina yang mempersoalkan hal ini. Bukan dia & geng yang "songlap" saham sebanyak itu. Tanya orang yang berkenaan. Tanya orang yang berkepentingan. Tanya orang yang berkuasa untuk berbuat demikian. Tanya kroni orang yang terlibat. Mereka ini telah bertahun-tahun mengenyangkan anak cucu dengan wang yang bersumberkan harta haram.
Hendak salahkan siapa? Jangan salahkan DAP atau PAS. Ahli parti ini tiada kuasa untuk melesapkan nilai saham sebesar itu. Jadi mahu salahkan siapa? Takkan masih tidak tahu/tidak faham lagi? 1Malaysia hendak tahu: siapa PENYANGAK yang meratah harta rakyat? Adakah perut mereka sebesar perut dalam gambar di sebelah. 1Malaysia wajar berdoa, semoga Allah mengembungkan perut mereka seperti perut yang dipaparkan pada gambar di sebelah. Senang rakyat 1Malaysia mengenal pasti orang yang songlap saham berjumlah RM52 BILION itu.
[MK] Saham sebanyak RM54 bilion yang diagihkan untuk orang Melayu di bursa saham telah 'hilang' dan kini hanya berbaki sebanyak RM2 bilion, kata ahli parlimen Bagan Lim Guan Eng.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sekiranya saham berkenaan masih kekal dalam pegangan bumiputera, golongan itu pasti dapat mencapai sasaran pegangan ekuiti 30 peratus pada masa sekarang.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Lim berkata permohonan penjelasan kepada kerajaan itu dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan oleh Bernama yang bertarikh 30 Jun 2009. Menurut laporan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terdapat perbezaan ketara antara RM54 billion saham bumiputera yang diperuntukan berbanding dengan jumlah sebenarnya yang masih dimiliki mereka.
Dalam laporan itu Najib dipetik sebagai berkata, “daripada RM54 billion saham yang diperuntukkan, hanya tinggal RM2 billion yang masih dipegang oleh bumiputera.”
Mengulas lanjut, Lim berkata pendedahan itu tidak menghairankannya memandangkan ekuiti bumiputera sekarang masih gagal mencapai sasaran 30%, seperti yang digariskan Dasar Ekonomi Baru.
"Siapa sebenarnya yang dapat. Di sini saya rasa (golongan) yang tidak dapat ialah rakyat Malaysia, termasuk masyarakat Melayu.
"Bermakna ada ketirisan, ada kebocoran sebanyak RM52 bilion saham yang sepatutnya masih di tangan Bumiputera tapi tidak ada di kalangan Bumiputera.
"
Saya rasa ini satu skandal. Saya harap satu siasatan dapat diadakan, macam mana saham-saham ini boleh hilang kerana ini adalah satu pengkhianatan.
"Kerajaan mesti tangkap penyangak ini yang merampas saham-saham ini."
Menjawab soalan wartawan kemudiannya, Lim berkata Pakatan Rakyat telah menjalankan siasatan dan mengenal pasti golongan melakukan tindakan seperti itu sebagai 'kroni BN.'
Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu yang didakwa melakukan perbuatan seperti itu.
"Saya harap bila kita bincang mengenai ekonomi janganlah salahkan mana-mana pihak, salahkan mereka yang telah terima saham tetapi tidak tahu ke mana saham itu pergi," katanya lagi.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.