Semakin hari semakin terserlah sifat "sebenar" Zul Nordin. Hari ini seperti yang dilaporkan akhbar, dia menyatakan:
Menurutnya, riwayat PKR akan berakhir pada bila-bila masa jika kumpulan 'firaun kecil' dalam PKR gagal ditangani.
"Bukan bilangan, tetapi kualiti mereka yang keluar parti. Anda boleh lihat orang seperti Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan bekas Setiausaha Agung parti Datuk Salahuddin Hashim...mereka ini adalah orang-orang yang sangat rapat dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tahap integriti mereka tidak boleh dipersoalkan.
"Maksud saya di sini orang yang berkualiti meninggalkan parti, kita tidak mahu kuantiti tetapi kualiti. Saya beri jaminan pada anda, seorang lagi insan berkualiti akan keluar parti tidak lama lagi," katanya semasa temubual secara langsung NST, di sini hari ini.
Bukankah kenyataan di atas seolah-olah mengaitkan keempat-empat pengkhianat PKR ini dengan ramalan/tanggapan awal terhadap geng 4 MP PKR yang melompat parti sebelum dan selepas Tahun Baru Cina lalu. Hari ini, dia kata ada seorang lagi akan keluar PKR. SIAPA "katak" itu?
Berdasarkan petikan berita itu, YB kontoversi ini menyatakan bahawa MP PKR yang mengkhianati hasrat dan harapan rakyat itu berkualiti dan berintegriti (termasuklah diri dia sendiri). Kalau hendak "mengayat" pun biarlah berpada, dahulu dia "melebih-lebihkan" (exaggerate - fasal ini tolong baca Zul Nordin yang dikenal oleh Zulkifli Sulong) cerita DSAI, hari ini dia "melebih-lebihkan" fasal barisan pengkhianat PKR. Walhal sudah heboh dalam blog dan laman sesawang tentang sebab dan punca mereka meninggalkan parti. Ada yang didakwa merajuk sebab tidak dapat kontrak, tidak dapat jawatan, masalah dengan ah long, masalah kerusi Parlimen, masalah dapat habuan sedikit, perniagaan tidak menjadi, dan macam-macam lagi masalah yang berkait dengan WANG!
Namun, dia masih menganggap orang yang keluar itu berkualiti & berintegriti. Mungkin dia terlupa menyemak Kamus Dewan untuk mencari maksud dua istilah itu. Tunggulah PRU ke-13, biar rakyat yang menentukan sama ada mereka itu berkualiti atau tidak, berintergriti atau tidak!
SHAME ON YOU BRO!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.