Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Rabu, 10 Mac 2010

DEBAT Kalimah ALLAH: Khalid Samad lwn Zul Nordin


Isu yang menarik. Saya petik:


BERITA TV BERNAMA malam tadi melaporkan kenyataan YB Khalid, MP Shah Alam tokoh PAS yang kontroversi tentang kesediaannya berdebat secara terbuka pada bila-bila masa dengan YB Zulkifli Noordin, MP Bandar Kulim Baru iaitu bekas MP dari PKR yang baru dipecat berkaitan isu `Kalimah Allah'. Isu ini begitu hangat diperkatakan sebelum ini dengan berbagai hujah dan dalil sehinggakan si jahil pun ingin berdalil tentang isu ini. Isu ini juga menjadi salah satu punca mengapa YB Zul membuat laporan Polis terhadap YB Khalid walaupun pada ketika itu mereka berdua berada di dalam satu kapal iaitu PR.

YB Zul sebelum ini juga sering menimbulkan kontroversi di dalam PKR dan juga PR, begitu juga dengan YB Khalid yang terkenal dengan kontroversinya bersama pimpinan PAS terutamanya di Selangor. Beza antara kedua-dua MP tersebut adalah seorang bertindak bijak, manakala seorang lagi bodoh sombong. YB Khalid bertindak bijak apabila menggunakan hujahnya berdepan dengan sebarang perbezaan pendapat walaupun akhirnya dikenakan tindakan disiplin oleh PAS. YB Zul pula berlagak ego, sombong meskipun tidak secerdik mana apabila hampir setiap hari `meratib' perkataan `Firaun kecil' ditujukan kepada mereka-mereka yang berada di dalam partinya sendiri yang tidak sependapat dengannya. Sehinggakan beliau pernah menganggap DS Anwar selaku Ketua Umum PKR iaitu parti yang didukungnya sebagai menyokong Kristian di dalam isu Kalimah Allah ini. Itu beza YB Khalid dan YB Zul di dalam pendekatan politiknya.

Kemuncak krisis di antara YB Zul dengan YB Khalid berkaitan isu Kalimah Allah ini ialah apabila YB Zul membuat laporan Polis terhadap YB Khalid. Tindakannya itu kununnya untuk memperjuangkan agama Islam. Tindakan bodoh YB Zul ini amat memalukan PKR kerana PKR sendiri telah membuat ketetapan untuk memegang hujah dan pendapat Ulamak tersohor Syeikh Yusoff Qardawi rentang isu Kalimah Allah ini dan ketetapan PKR itu dipersetujui juga oleh rakan di dalam PR iaitu PAS. Di dalam isu ini, lojikkah PKR dan PAS mempercayai YB Zul lebih daripada Ulamak tersohor dunia itu? Siapa YB Zul? Akibat daripada menanggung malu kerana PKR dianggap memelihara `biawak hidup', maka PKR mengambil keputusan memecat YB Zul atas kesalahan membuat laporan Polis terhadap YB Khalid serta kenyataan-kenyataan `menikam belakang' partinya sendiri dan juga PR sewaktu ditemubual di TV 3.

Mungkin YB Zul anggap PKR tidak akan berani mengambil tindakan disiplin ke atasnya apatah lagi untuk memecatnya memandangkan ketika itu PKR kehilangan beberapa kerusi Parlimen akibat MP yang menjadi `katak' tambahan pula kedudukan kerusi MP dari PKR semasa itu hampir tewas dengan kerusi MP dari DAP. Sekiranya DS Anwar pentingkan kedudukannya selaku Ketua Pembangkang, nescaya YB Zul tidak akan dikenakan sebarang tindakan atau paling maksima adalah amaran. Tetapi PKR tetap tegas demi menjaga keutuhan perjuangan dan kesepakatan di dalam PR, maka YB Zul yang menjadi seperti `kaduk naik junjung' ini mesti dipecat. Alhamdulillah, YB Zul telah dipecat dan beliau kini lebih bebas untuk menggelar sesiapa jua sebagai `Firaun Kecil' asalkan tidak melebihi darinya sebagai `Firaun Besar'.

Setelah YB Zul dipecat dan beliau secara teknikalnya bukan lagi penyokong atau wakil dari PR, maka tibalah masanya untuk YB Khalid menguji kehebatan YB Zul yang terlebih alim dari Syeikh Yusof Qardhawi, Tuan Guru Hj Hadi dan juga Tuan Guru Nik Aziz ini. YB Khalid mencabar YB Zul untuk berdebat secara terbuka tentang isu kalimah Allah ini. YB Zul digelar orang `Ustaz' kerana beliau sering mengajar ilmu-ilmu agama dan juga memberi kuliah di beberapa tempat. YB Khalid tidak digelar orang Ustaz walaupun beliau dijemput juga untuk memberikan khutbah Jumaat di beberapa buah masjid tetapi YB Khalid seorang pejuang Islam yang tegar di dalam PAS. Tidak seperti YB Zul yang dikatakan dahulunya berada di dalam PAS, kemudiannya beralih pula kepada PKR, dan kini langsung tidak berparti setaraf dengan `raja katak emas' dari Pasir Mas itu.

Apakah YB Zul selaku Ustaz yang hebat berani menyahut cabaran YB Khalid yang bukan seorang Ustaz malah memakai kopiah pun jarang sekali? YB Khalid ingin sangat hendak belajar dari YB Zul tentang Islam khususnya berkaitan isu kalimah Allah ini. Jika YB Zul mampu menghuraikan nas atau dalil yang meyakinkan YB Khalid, tidak mustahil YB Khalid juga akan keluar dari PAS kerana PAS juga menyokong prinsip PKR di dalam isu kalimah Allah ini....baca lanjut di sini (WFAUZDIN)

Eloklah YB kontroversi ini menyahut cabaran debat ini bagi meluahkan pandangannya mengikut saluran yang betul. Daripada memanggil orang firaun kecil, badut ingusan, meletakkan gambar beruk di blognya, bukankah lebih baik berdebat untuk mempertahankan pendirian diri? Bukan hanya bercakap di belakang dan di blog. Khabarnya sewaktu isu kalimah Allah ini dibincangkan dulu, YB ini hanya mendiamkan diri tanpa menyuarakan pandangannya. Jadi, peluang sudah terbuka sekali lagi, sahutlah cabaran itu!


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH