Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Rabu, 24 Mac 2010

[VIDEO] Alahai Bayan Baru...Tumbukan TKO daripada Kalabakan!


(Sekadar hiasan)


Berikut ialah transkrip menarik ucapan Ghapur Salleh di Dewan Rakyat.


Ada isu yang baru, yang baru Datuk Speaker ialah berkenaan Berita Harian pada 19 haribulan. Saya tidak pernah lompat parti (seperti mana yang dilaporkan Berita Harian).

Daripada saya masuk BN sampai sekarang tidak pernah lompat parti. Kalau saya lompat sudah bererti saya sudah tidak ada kepercayaan kepada parti (BN).

Jadi kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen (MP) Bayan Baru, itu kenyataan bodoh-bodoh punya. Mahu tubuh kerajaan dianjurkan oleh pembangkang, mesti ada 30 orang mahu lompat.

"Dia sebut beberapa orang sahaja yang lompat. Mana dia punya sekolah (menyebut perkataan ini sebanyak dua kali).

Dalam (akhbar) Utusan Anwar umpan dia kata. Ini tuduhan betul lapan, termasuk Tengku Razaleigh (MP Gua Musang) kena umpan (untuk melompat parti menyertai pembangkang). Termasuk saya kena umpan.

Saya sudah katakan saya tidak pernah jumpa tidak pernah dipujuk dan tidak pun pergi Taiwan. Tidak ada pergi Taiwan saya.

Bererti saya bukanlah golongan yang dipujuk untuk lompat.

Jadi ini bererti umpan yang dibagi kepada rakan mungkin tidak cukup jadi tidak jadi lompat.

Umpan yang di bagi kepada Ahli Parlimen Bayan Baru ini besar, itu sebab dia lompat ( meninggalkan PKR - Dewan Rakyat bergemuruh dengan sorakan).

Saya mahu dia MP Bayan Baru ini tarik balik bahawa saya tidak lompat dan dia akan namakan semua (MP) yang mahu lompat. Kenapa pilih -pilih, pilih-pilih.

Mungkin dia (Zahrain Hashim) lompat ada yang dia minta dari kerajaan Pulau Pinang tak dapat (Dewan ketawa).

(Terdahulu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberitahu punca Zahrain keluar PKR kerana gagal mendapat projek tertentu di negeri itu)

Dia tak dapat hingga dia gelar orang Komunis (MP Bagan merangkap Adun Air Putih di Pulau Pinang, Lim Guan Eng).

Bolehkah saya dalam dewan (rakyat) ini tunjuk satu orang di antara kita ini komunis? boleh? ( MP dalam dewan mencelah kata tak boleh…tak boleh…)

Ini salah dari segi peraturan. Mana boleh duduk dalam Dewan Rakyat, Dewan (Undangan) Negeri seorang Komunis.

Ini saya tidak tahu yang dia kata. Dua tahun (Zahrain) dalam PKR, 16 September dua kali (tahun 2008 dan tahun 2009), dia tidak fikirkah? dua tahun baru dia lompat (keluar PKR). mengapa tidak lompat awal-awal?

Umno jangan terima Zahrain, kata Ghapur

Sekarang (Zahrain) sudah jadi bebas, kocek pun mungkin sudah penuh (Dewan riuh dengan tepukan MP) dan sekarang mahu diterima masuk Umno.

Tolong Umno, jangan terima orang seperti ini (menyebut perkataan ini sebanyak dua kali).

Kalau dia boleh gigit (Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim) ketua dia, dia boleh gigit ketua kita juga (Presiden Umno, Mohd Najib Razak).

Ini yang sebenarnya Datuk Speaker, reporter berpuluh reporter termasuk (wartawan dari) Newspaper (berbahasa) Cina telefon saya.

Ini ada kenyataan begini-begini, saya bilang (kata) tunggu, saya akan luahkan di parlimen. Kerana ini secara official saya mahu jawab dan saya mahu Bayan Baru ini tarik balik dan saya mahu dia minta maaf kepada saya.

Dia ada di sini atau tiada tetapi saya mahu (Dewan kata dia ada…ada… ada…). Mungkin sekarang sudah gemuk (sambil menunjukkan badan seorang yang gemuk), sudah kenyang jadi macam-macam tohmahan (yang diucapkan oleh Zahrain terhadap orang lain).

Saya minta maaf sahaja. Kalau orang seperti ini (Zahrain Hashim) masuk Umno, mungkin Orang Umno sendiri yang akan keluar.

(Ketika ini Zahrain berdiri dengan muka merah padam untuk mencelah namun tidak diberi laluan oleh Ghapur kerana kesuntukan masa)

Soalnya kenapa waktu itu dia tidak keluar.

Saya tahu habuan yang dibagi mungkin (dewan terus bergema dengan sorakan dan ketawa Ahli Parlimen).

Pada mulanya saya tidak mahu sentuh ini, tapi apabila saya dibabit, bukan saya kata tidak boleh, you babit saya tapi babitkanlah semua yang ada, yang pergi Taiwan, semua disenaraikan. Tak apalah.

Zahrain tidak baca surat khabar ?

Mungkin ini Bayan Baru tak baca newspaper. Berapa orang pergi Taiwan, saya tidak pergi.

Kita mahu dan kita minta Berita Harian, TV1, TV3, (Astro) Awani, keluarkan kenyataan saya ini dengan penuh seperti mana Bayan Baru dapat liputan (Dewan riuh sekali lagi).

Kalau tidak (laporkan ucapan penuh Ghapur Salleh), ini sekongkol jugak.

Ini saya minta sebab semua Berita Harian pun penuh muka (laporan penuh di muka hadapan akhbar itu).



Kemas Kini:
* Zahrain tidak akan tarik balik kenyataan

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH