Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Isnin, 15 Mac 2010

Khalid Samad Masih Menunggu "Kejantanan" Zul Kulim


Saya petik:

"Tindakan Zulkifli Nordin (membuat laporan polis) ini selaras dengan langkah NGO-NGO Umno jelmaan ini," kata ahli parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad.

"Saya tunggu Zulkifli sedia tempat dan masa untuk bertemu dan berdebat. Kita lihatlah siapa yang badut, budak hingusan dan siapa sebenarnya ahli politik yang cuba nak dapatkan publisiti," katanya dalam sidang media ketika mendedahan berhubung kedudukan 63 buah NGO yang ditubuhkan khas oleh Umno untuk membuat laporan polis ke atas beliau berhubung penggunaan nama Allah.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata, Zulkifli Nordin telah menggunakan bahasa kesat seperti 'Firaun kecil, badut, budak-budak hingusan dan semua ini telah mencerminkan keperibadian ahli parlimen Kulim Bandar Bharu itu.

"Dan ini menunjukkan sejauhmana dia memperjuangkan Islam kononnya. Seolah-olah, dia seorang sahaja yang perjuangkan Islam. Saya tidak mahu mengulas panjang hal ini, biarlah masyarakat sendiri yang menilai kenyataan dan tindak-tanduk beliau.

"Saya berpendapat, kalau kita nak tegur parti sendiri bolehlah, tapi jangan tegur antara parti-parti dalam PR sebab nak jaga hubungan antara parti-parti komponen dalam PR.

63 NGO Umno tiba-tiba muncul

"Tapi apabila dia (Zulkifli) sudah membuat laporan polis ini, hakikatnya, tindakan beliau bersesuaian dengan Umno dan NGO-NGO Umno. Ada 63 NGO Umno yang ditubuhkan atas arahan pimpinan Umno, mereka ini tidak pernah wujud dahulunya, tiba-tiba sudah muncul dan membuat laporan polis terhadap diri saya," tambah beliau lagi.


Setahu saya YB kontroversi ini berani dan lantang menyuarakan & mempertahankan pendiriannya. Berdasarkan tulisannya di blognya, YB kontroversi ini dilihat sebagai seorang yang pantang dicabar, terutamanya berkaitan dengan isu Islam dan Melayu, sampaikan forum Majlis Peguam pun diredahnya demi mempertahankan pendiriannya. Hebat!


Kerana Melayu & Islam, dia juga telah membuat laporan polis terhadap YB Khalid Samad dari PAS. Bertolak daripada laporan itu, YB Khalid Samad telah mencabar YB kontroversi itu untuk berdebat kerana YB tersebut memilih untuk membuat laporan polis daripada berdebat secara ilmiah. Sebagai rakyat, kita minta agar debat itu disiarkan secara langsung di kaca tv. Biar 1Malaysia melihat dan mengadilinya.

Sudah beberapa hari berlalu, cabaran itu masih belum bersahut sebaliknya dia meroyan tentang posisi Ketua Pembangkang yang dipegang oleh bekas bosnya.

Pada hemat saya, sebagai orang yang "berani" dia sepatutnya sudah menyahut cabaran debat itu sejurus sahaja perkataan itu terkeluar daripada mulut YB Khalid Samad, tetapi agak pelik bin ajaib kejantanan yang begitu terserlah sejak sekian lama mula dipersoal dan diperlekeh oleh orang ramai. Walhal debat itu berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah yang menjadi punca dia dipecat dan punca perseteruannya dengan YB PAS tersebut.

Saya timbulkan persoalan: kalau dia berada di pihak yang benar, mengapa masih menikuskan diri?

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH