Esok Najib Bentang Bajet Pilihan Raya?
Ketua Pembangkang membuat ramalan bahawa PRU 13 akan diadakan secara mengejut. Saya kira mungkin awal tahun hadapan. Kata DSAI, penangguhan pelaksanaan GST adalah petanda utamanya. Namun, keputusan di Galas juga mempengaruhi tarikh PRU 13.
Kalau esok ditakdirkan Najib membentangkan Bajet Pilihan Raya, maka berpestalah orang "gomen". Bonus 1 bulan, silap-silap 2 bulan. Siapa tahu? Kakitangan sektor swasta meloponglah. Kapitalis glokal tidak mempunyai kepentingan politik seperti pentingnya undi kakitangan awam kepada Najib.
Jika esok Bajet Pilihan Raya, maka bergemalah angka-angka yang bernilai jutaan malahan bilion untuk kepentingan rakyat di sana, rakyat di sini. Namun kita harus ingat, angka-angka itu hanyalah dalam bajet. Bajet itu belum tentu terlaksana. Tuntasnya, imbuhan itu hanya "gula-gula" politik. Hanya ramalan/perancangan perbelanjaan. Kadang-kadang (lazimnya juga), bajet lain, yang dibelanjakan lain!
Janganlah pula tercengang dan teruja mendengar bajet Najib sehingga luntur imam pak cik mak cik di kampung. Harap-harap pesara tentera yang mendengar pengumuman Najib beberapa hari lalu masih teguh imannya kepada Pakatan. Maklumlah dari RM500 naik jadi RM3000. Saya juga berharap penduduk di flat rakyat yang dijanjikan cat dan bumbung baharu tetap teguh tekad mereka untuk mengundi Pakatan. Jangan cair! Yang dibelanja itu bukan duit Najib, tetapi duit kita semua. Itu pun belum tentu lagi!
Tunggu dan lihat esok! Cerita panjang-panjang pun tidak berguna kerana bajet belum dibentangkan lagi. Jika bajet yang dibentangkan esok semacam sahaja bunyinya, maka benarlah telahan Ketua Pembangkang!
Saya petik:
[MK] Tindakan terbaru kerajaan menunda pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah petanda “utama” bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ada kemungkinan kita akan saksikan pilihan raya umum yang mengejut dan saya jangkakan pembentangan bajet esok adalah bajet pilihan raya,” katanya pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.
Anwar, yang pernah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan berkata, rang undang-undang GST itu dirangka dengan lemah dan ia bukan hanya akan membebankan rakyat tetapi juga tidak mampu membantu menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia.




"Ada kemungkinan kita akan saksikan pilihan raya umum yang mengejut dan saya jangkakan pembentangan bajet esok adalah bajet pilihan raya,” katanya pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.
Salam.
Biar pun 10 bulan bonus diberikan dalam badjet kali ini.....namun untuk menyokong puak umno ni DIKERAT LAPAN SEKALIPUN "HARAM" BAGI AKU NAK SOKONG SEMENTELAH LAGI NAK "UNDI" PUAK-PUAK INI.
Jangan harap kamu semua nak beli undi aku!!!!!!!