[Kemas Kini] Liwat II: Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan DSAI Peroleh Kenyataan Saiful
Saya petik:
Baru sebentar tadi, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menyatakan dalam Twitternya ( http://twitter.com/anwaribrahim ) berkenaan kes Liwat terhadap Saiful Bukhari Azlan. Dia menyatakan bahawa:
"Mahkamah Persekutuan menolak lagi permohonan saya utk mendpatkan kenyataan Saiful kpd polis(112)yg bercanggah. Alahai!"
Dan dalam Bahasa Inggeris juga dengan maksud yang sama 10 minit lalu:
"Federal Court again rejected our application to obtain Saiful's(112)statement- ie contradicts testimony in court! Why deny my defense?"
Ternyata mahkamah sedang dipaksa menerima apa saja keterangan yang dibuat oleh pasukan pendakwaan, dan menolak segala permintaan pasukan peguambela. Sumber di sini.
Saya cuma mahu kata "Welcome to the Jungle"!
Kemas Kini (19/10):
* Usaha akhir dapatkan kenyataan Saiful gagal
[BH] PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan semalam, menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan semua kenyataan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan termasuk kenyataan diberikannya kepada polis ketika siasatan kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu.
Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria yang mengetuai tiga panel hakim mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi 12 Mei lalu yang menolak permohonan Anwar atas alasan perbicaraan kes liwat masih berjalan....





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.