2 Lagi Didakwa Terlibat Bunuh Sosilawati & 3 Yang Lain
![]() |
| KATHAVARAYAN (depan), Matan (tengah) dan Thilaiyalagan (belakang) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting kelmarin. |
[UM] KUALA LUMPUR 14 Okt. - Dua suspek yang sebelum ini ditahan berhubung beberapa kes pembunuhan termasuk membabitkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok di Kuala Langat, Selangor untuk didakwa pagi esok.
Peguam mereka, Avtar Singh Dhaliwal ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu, kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah berkenaan kira-kira pukul 9 pagi.
"Mahkamah dijangka akan membaca pertuduhan dan kemudian pihak pendakwa raya dijangka membuat permohonan memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk perbicaraan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, seorang peguam, N. Pathmanabhan didakwa di mahkamah yang sama dengan niat bersama-sama dengan tiga lelaki lain termasuk seorang remaja belasan tahun membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.
Kesemua mereka juga didakwa membunuh pemandu Sosilawati, Kamarudin Shamsudin, 47; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB, Norhisham Mohammad, 38.
Mengikut pertuduhan, Pathmanabhan dan tiga lagi tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 8.30 hingga 9.45 malam, 30 Ogos lalu di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat.
Avtar Singh berkata, kedua-dua anak guamnya mungkin akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Esok kita semua akan tahu keputusan mahkamah berhubung pendakwaan tersebut," katanya.
Berkaitan:
* Dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh
[Kosmo] KUALA LUMPUR - Selepas 46 hari ditahan reman dalam lokap polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga rakannya, peguam N. Pathmanabhan kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor.
Peguam berusia 41 tahun itu dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh selepas dia bersama tiga pekerjanya, R. Kathavarayan, 30, R. Matan, 20, dan T. Thilaiyalagan, 19, didakwa atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik itu dan tiga lelaki lain di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, Selangor kelmarin.
Keempat-empat tertuduh tersebut tiba di kompleks penjara itu kira-kira pukul 1 petang kelmarin.
Selain Sosilawati yang menjadi mangsa bunuh, pemandunya, Kamarudin Shansudin, 44, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, turut menerima nasib yang sama dengan Sosilawati.
Pathmanabhan, graduan undang-undang dari Universiti Bond, Australia, ditahan pada 11 September lalu bersama tujuh yang lain ekoran laporan kehilangan Sosilawati dan tiga rakannya ketika mereka ke Banting bagi melakukan satu urusan perniagaan.
Sebelum didakwa kelmarin, peguam itu bersama tiga pekerja ladang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan lokap Balai Polis Putrajaya...





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.