Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Ahad, 17 Oktober 2010

"Sujud" dengan Hanya Berseluar Dalam


Inilah yang berlaku apabila hukum agama dipinggirkan. Maksiat bermaharajalela.  Pesalah hanya dikenakan hukuman denda yang rata-ratanya mampu membayar denda tersebut. Paling teruk mereka hanya dikenakan hukuman penjara beberapa tahun. Dengan hukuman sebegini, siapa takut untuk melakukan maksiat?

Hari ini pimpinan negara dibarisi oleh golongan pemuja budaya hedoisme yang sudah tentunya amat bersimpati dengan pesalah moral! Hak asasi dijadikan alasan untuk membenarkan manusia mengamalkan kehidupan di luar norma dan batasan akal dan budaya. Saya petik:

[HM] GEORGETOWN: Seorang lelaki ditemui hanya memakai seluar dalam sambil bersujud di tepi katil ketika dicekup berkhalwat dalam operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Jalan Penang, di sini, awal pagi semalam.
Dalam operasi ‘Ops Noda’ itu turut disertai anggota polis dari Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL).

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, ketika pintu bilik diketuk, seorang wanita tampil membuka pintu dengan hanya memakai baju tidur dan ketika soal siasat dilakukan suspek hanya berdiam diri saja tanpa berkata apa-apa.

Katanya, selepas memperkenalkan diri sebagai pegawai penguat kuasa agama, pihaknya menemui kelibat seorang lelaki dalam keadaan separuh bogel di tepi katil.

“Lelaki itu dipercayai cuba menyembunyikan diri daripada dilihat pegawai penguat kuasa agama namun tindakannya gagal,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Khairul Azman berkata, ketika pemeriksaan dilakukan kedua-dua suspek mengaku belum mempunyai sebarang ikatan perkahwinan dan sekadar mengaku sudah bertunang serta mendakwa bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Beliau berkata, pasangan itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk dibuat laporan tangkapan dan siasatan lanjut dijalankan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

* Gambar sekadar hiasan.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH