Botox Juga Ubat Migrain. Jangan Terkejut!
Apa itu botox? Botox itu bukan tempe. Maklumat tentang botox ada di sini.
Saya petik:
[Kosmo]LONDON - Seorang budak lelaki berumur 12 tahun, Harvey Jacobs menggunakan suntikan Botox untuk mengelak diserang migrain atau sakit kepala yang kuat, lapor sebuah akhbar semalam.
Suntikan Botox itu yang pada kebiasaannya diambil untuk mengurangkan kedutan pada wajah.
Ibu Harvey, Sue Jacobs, 39, membawa anaknya itu untuk disuntik dengan Botox selepas dia membaca artikel di sebuah akhbar bahawa suntikan itu boleh merawat migrain.
Anaknya itu akan menjerit di atas katil semasa dia diserang migrain kerana tidak tahan menanggung sakit kepala.
Dia kemudian membawa Harvey disuntik Botox dengan kos £350 (RM1,730) di bahagian atas mata kanannya di sebuah klinik di London dua bulan lalu.
Suntikan itu yang mampu mengelak serangan kuat migrain selama lapan minggu apabila ia mengendurkan otot yang menyebabkan migrain.
Keluarga itu kini cuba untuk menjalani pembedahan bagi memindahkan otot yang menyebabkan migrain di Berlin, Jerman kerana pembedahan tersebut tidak terdapat di hospital kerajaan di England. - Agensi





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.