Hanya 5 Orang Bekas AMK Serah Memo Taubat yang Didalangi Zahrain, Bukan 60 Orang!
Sebelum ini timbul persoalan: Siapa di belakang geng ini? apabila Utusan Malaysia melaporkan bahawa tiga wakil Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghantar ‘Memorandum Taubat’ kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu segera bertaubat.Memorandum satu muka surat itu dihantar oleh 60 ahli dari tiga cabang parti yang terdiri daripada wakil Perak serta Pulau Pinang (Butterworth dan Bayan Baru), di ibu pejabat parti tersebut di sini, pukul 11.30 pagi. Satu Malaysia tertanya-tanya akan gerangan kumpulan itu.
Namun hari ini terdedah temberang kumpulan itu apabila Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang, Amir Md Ghazali menafikan sebanyak 60 ahli AMK negeri itu dan juga Perak terlibat dalam penyerahan memorandum kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa hari penamaan calon di ibu pejabat parti Sabtu lalu. Malah, beliau menyanggah dakwaan 60 individu yang mengaku ahli AMK sebagai satu pembohongan dan fitnah yang sengaja direka cipta. Sebaliknya hanya 5 bekas ahli AMK yang dikatakan terlibat, bukannya 60 seperti yang dilaporkan media.
Sementara itu Ketua Cabang Bayan Baru yang baharu, YB Sim Tze Tzin menulis dalam FBnya menyatakan bahawa, "Pengkhianat Zahrain cuba buat kecoh lagi. Dia hantar Nor Hilmi Ismail, hentam Anwar Ibrahim. Hilmi anak Ismail (Kerang) Ali, Personal Assistant Zahrain."
Kan sudah kantoi!





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.