Najib Minta Umat Islam Hayati al-Quran? Minta Anak Isteri Buat Dahulu!!!
PM berkata demikian dalam status Facebooknya hari ini sempena Nuzul Quran yang jatuhnya pada setiap hari ke-17 bulan Ramadan lapor Malaysia Kini.
Menurut beliau, al-Quran bukan sekadar memberikan pedoman ibadah tetapi juga dapat menjadi petunjuk pelbagai bidang kehidupan manusia seharian merentasi zaman.
"Sempena Nuzul Al-Quran 17 Ramadan ini, saya harap rakyat Malaysia beragama Islam mengambil peluang menghayati kandungan kitab suci ini.
"Lebih-lebih lagi di zaman teknologi maklumat (IT), kemudahan seperti internet dan aplikasi telefon pintar mampu mempermudahkan penghayatan Al-Quran," katanya.
Saya setujulah dengan kata-kata PM, namun kata-katanya ini memberikan orang lain ruang untuk menempelaknya semula. Alangkah baiknya PM memandang diri dan keluarganya dahulu sebelum menyeru rakyat Malaysia agar menghayati kandungan al-Quran. Saranan PM ini tidak membawa apa-apa makna jika kata-kata itu tidak mencerminkan peribadi diri dan keluarganya.
adik-beradik |
Selalunya pengikut Iblis dan syaitan akan dikenali dari kata-kata dan ucapan mereka. Sebagai contohnya, kalau mereka kata ke kiri maka sebenarnya ke kanan, kalau putih kata mereka sebenarnya hitam dan kalau timbul kata mereka selalunya tenggelam. Begitulah rupa sebenar beliau tak perlu susah-susah berfikir. Sebagai seorang Islam kita tak perlu dipatuk ular dari lubang yang sama buat kedua kalinya dan mengaku Islam tak semestinya kena jadi bodoh seumur hidup.... Cuma kita perlu ingat dan hafal bersungguh-sungguh bahawa PM kita sekarang bukanlah Bapa Pembangunan, Bapa Perpaduan atau Bapa 1Malaysia tetapi adalah Bapa Segala Munafik.
Comment by Monkey Shooter @ Rabu, Ogos 17, 2011 6:42:00 PTG