Belasah Teman Wanita Guna Tukul, Lelaki Mengaku Tidak Bersalah
[SH] SEREMBAN - Seorang peniaga kepak ayam dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan memukul bekas teman wanita dengan tukul besi di sebuah rumah di Taman Jasper Jaya, Sabtu lalu.
Sion Khong Poh, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, Khong Poh didakwa dengan sengaja mencederakan Lin Pui Leen, 29, di No 35, Jalan 3, Taman Jasper Jaya, di sini, kira-kira 8.30 pagi.
Dia dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau sebatan atau mana-mana dua seksaan itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Mohammad Zanudin menawarkan wang jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu wang jaminan dikurangkan.
Mohamad Izwan kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM3,200 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 4 Oktober depan.
Sebelum ini, media melaporkan wanita terbabit dipukul sehingga menerima 30 jahitan pada kepala.
Berita awal di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.