Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Sabtu, 17 Ogos 2013

Kanak-kanak Perempuan Didera Ibu Kandung



Kesan kecederaan pada tubuh kanak-kanak yang dipercayai didera.


[SH] IPOH - Polis menahan dua individu dipercayai terbabit dalam kes penderaan melibatkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, lelaki berusia 39 tahun dan wanita berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.20 petang.

Menurutnya, pihaknya bertindak atas laporan yang dibuat di pondok polis Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) oleh seorang doktor pada petang kelmarin.

“Mengikut laporan yang dibuat, kanak-kanak itu dipercayai didera oleh ibunya di rumahnya di Menglembu.

“Pemeriksaan ke atas kanak-kanak itu turut menemui kesan luka disyaki akibat pukulan rotan di seluruh bahagian badan dan kepala,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dua individu terbabit dipercayai ibu dan bapa kanak-kanak berkenaan.

Beliau berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah.

“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Chang Keong berkata, mangsa yang dilaporkan parah kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB.

“Siasatan masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya.


P/s: Lahanat!!!


Kemas Kini:

Pasangan didakwa hari ini

[HM] Ipoh: Pasangan suami isteri yang dipercayai bertindak kejam mendera anak perempuan mereka yang berusia lima tahun hingga koma dan kini berada dalam keadaan kritikal, dijangka didakwa di mahkamah di sini, hari ini, mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kesalahan penderaan kanak-kanak.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya sudah melengkapkan siasatan dan menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan.

“Kami dimaklumkan pasangan terbabit akan didakwa esok (hari ini),” katanya.


Terdahulu Pendaftar Mahkamah Sesyen Puteri Nordina Kamalaudin di sini, semalam, membenarkan reman terhadap pasangan berusia 39 dan 30 tahun itu disambung hingga esok bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan.

Pasangan terbabit sebelum ini direman tiga hari selepas ditahan polis di kediaman mereka di Mengelembu, di sini Jumaat lalu susulan laporan dibuat pihak hospital yang mendapati terdapat kesan penderaan ketika merawat kanak-kanak malang terbabit. - 20/8/13



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH