Cerita Sebenar tentang Kehilangan Adik Aisyah Wan Exzan
[Mstar] PETALING JAYA: Di saat bahang sambutan Aidilfitri semakin terasa, seorang ibu memohon bantuan rakyat Malaysia dalam usaha mengesan anak perempuannya berusia tiga tahun, Aisyah Wan Exzan yang dilaporkan hilang di Rawang pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata ibu Aisyah, Arbaiyah Md Zin didakwa bertemu dengan penculik tersebut menerusi laman sosial Facebook pada Mei dan menjalin hubungan dengan suspek serta merancang untuk berkahwin.
Walupun hanya mengenali lelaki tersebut selama beberapa minggu, Arbaiyah, seorang guru matematik berusia lewat 30-an, meninggalkan anak perempuannya itu di bawah jagaan suspek pada 30 Julai.
Suspek memberitahu Arbaiyah bahawa dia ingin memperkenalkan Aisyah kepada kakaknya.
Ibu kanak-kanak itu turut memberikan suspek sijil kelahiran Aisyah kerana mereka berdua merancang untuk pergi berbulan madu bersama kanak-kanak tersebut selepas mereka berkahwin.
"Pada 2 Ogos, Arbaiyah turut memberi wang tunai RM25,000 kepada lelaki tersebut untuk pelaburan perniagaan emas di sebuah pusat membeli-belah di Rawang.
"Keesokan harinya, Arbaiyah menunggu suspek untuk membawa Aisyah pulang ke rumah. Suspek berjanji untuk membawanya keluar dan membeli barang keperluan perkahwinan mereka. Namun suspek tidak muncul dan panggilan ke telefon bimbitnya tidak berjawab," kata Abdul Rahim kepada The Star.
Beliau berkata ibu mangsa turut pergi ke rumah suspek di Taman Tun Dr Ismail dalam usaha mencari anak perempuannya itu tetapi alamat rumah tersebut milik orang lain.
Kes itu diklasifikasikan polis sebagai penculikan kanak-kanak.
Abdul Rahim berkata siasatan masih dijalankan dan menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu sehingga maklumat lanjut diketahui.
Sementara itu, #findaisyah tersebar pantas di laman Twitter dengan pengguna Internet seluruh negara menggunakan medium tersebut untuk mencari kanak-kanak tersebut selepas berita penculikannya disebarkan dalam laman media sosial awal pagi Isnin.
Berita lain di sini.
P/s: Simpati!
Namun, tentu banyak orang mempersoal: Mengapa mudah sangat percaya kepada orang? Mengapa mudah menyerahkan anak dan wang kepada lelaki yang baru dikenali?
Walau bagaimanapun, bantulah si ibu ini mencari anaknya dan dalam masa yang sama, jadikan kes ini sebagai satu pengajaran!
Baca laporan polis guru tersebut di sini.
Kemas Kini:
Khabarnya, Aisyah telah ditemui di Pulau Pinang. Alhamdullilah!
Kemas Kini:
Khabarnya, Aisyah telah ditemui di Pulau Pinang. Alhamdullilah!
Anak Guru Matematik Ditemui Di Pulau Pinang
[Mstar] GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menjumpai seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang di sebuah pasar raya di Rawang baru-baru ini.
Seorang wanita yang menghantar Wan Aisyah Wan Exzam ke balai polis Sungai Nibong kira-kira pukul 11.30 pagi Isnin berkata, anak lelakinya membawa kanak-kanak tersebut ke rumahnya di Teluk Kumbar pada pukul 5 pagi Isnin.
Wanita tersebut berkata anak lelakinya, 44, memberitahunya supaya menghantar kanak-kanak tersebut ke balai polis berhampiran.
Anak lelakinya terus menghilangkan diri selepas insiden itu.
Kanak-kanak itu dipercayai anak perempuan seorang guru matematik, Arbaiyah Md Zin yang mengajar di Rawang.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.