Isu Kucing Kurap: Jeff Ooi Minta Maaf, Namun Nadanya...
Jeff Ooi Minta Maaf Atas Kenyataan “Kucing Kurap”
[TMI] Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi telah meminta maaf atas kenyataannya "kucing kurap" terhadap pegawai bandar raya negeri tersebut hari ini sempena konvesyen DAP negeri di Pulau Pinang.
Permohonan maaf tersebut diselebungi dengan penuh drama.
Permohonan maaf tersebut dibuat oleh beliau semasa penasihat kebangsaan Karpal Singh menggesa Ooi meminta maaf ke atas kenyataan biadap tersebut, apabila bekas penulis blog tersebut naik ke atas pentas dan mengambil mikrofon daripada pengacara majlis dan mengucapkan "saya minta maaf".
Ooi menegaskan tiada siapa yang dapat mengarahkannya meminta maaf selain Karpal.
"Tiada siapa boleh suruh saya minta maaf kecuali suadara Karpal Singh! Apa yang beliau suruh, saya akan ikut.
"Saya tidak akan tarik balik ataupun minta maaf melainkan Harimau Jelutong yang suruh. Harimau Baru Jelutong akan dengar cakap Harimau Jelutong.
"Saya tidak dapat tarik balik apa yang telah saya katakan tetapi saya secara ikhlas meminta maaf jika saya telah menyakiti perasaan orang lain," kata beliau.
Sejurus itu, terdapat tepukan pujian di kalangan hampir 1000 perwakilan yang hadir, malah ada juga suara tidak berpuas hati di dalam dewan.
Karpal sebelum itu berkata tiada pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) layak mendapat penghinaan "kucing kurap" atau seumpamanya.
"Harimau Jelutong baru perlu ambil peluang di sini. Beliau perlu ambilnya untuk secara terbuka dan tanpa bersyarat meminta maaf kepada pegawai bandar raya yang telah beliau hina.
"Semua pegawai rendah atau tinggi mesti dihormati. Tiada siapa yang layak dianggap sebagai rendah," kata Karpal dalam ucapannya.
Karpal berkata selaku pengerusi kebangsaan, beliau tidak layak mengarahkan Ooi untuk meminta maaf tetapi Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti (CEC) boleh memberikan arahan sedemikian.
"Tapi ingin saya tegaskan di sini, jika Ooi enggan meminta maaf CEC boleh memberikan arahan kepada beliau," terangnya lagi.
Ooi mengeluarkan kenyataan "kucing kurap" pada 16 November setelah tidak berpuas hati dengan pegawai MPPP yang tidak dapat membekalkan beliau data mengenai isu penjaja haram di pasar Jelutong.
Ooi mengaku telah mengeluarkan kenyataan tersebut.
Walaupun dikritik dan digesa oleh pelbagai pihak termasuk rakan-rakannya sendiri daripada Pakatan Rakyat, ahli politik Barisan Nasional dan organisasi bukan kerajaan untuk meminta maaf dan menarik balik kenyataan itu, ahli parlimen DAP dua penggal tersebut enggan mengalah.
Kemudian, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memuji Ooi kerana meminta maaf tetapi menggesa beliau agar menuruti nasihat ketua negeri parti tersebut, Chow Kon Yeow.
Beliau berkata kenyataan Chow mengenai perkara itu mencerminkan pendirian DAP dan kerajaan negeri.
"Ooi tidak boleh mengatakan dia hanya mendengar cakap Karpal sahaja. Dia tidak menghormati parti dengan cara ini," katanya.
Lim berkata perkara tersebut dibangkitkan kerana Chow dilihat tidak berpuas hati dengan sikap Ooi dalam perkara tersebut.
"Saya juga rasa sedikit tidak baik," kata beliau yang disambut dengan tepukan dan ketawa. – 1 Disember 2013.
P/s: Menurut HD, pada 24 Nov lepas, Ooi mengaku memberikan label 'kucing kurap' kepada beberapa pegawai MPPP pada 16 Nov atas alasan kerana mereka tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.
"You are insulting me by sending a lower officer itu 'kucing kurap' (anda menghina saya dengan menghantar pegawai pangkat rendah itu 'kucing kurap')... kita nak selesaikan masalah tetapi pegawai kanan itu serah kepada seorang yang lebih junior dan mereka tidak boleh buat keputusan," kata Ooi.
Apa makna mohon maaf kalau nadanya ego dan tidak ikhlas? Jeff Ooi kena ingat PRU14 nanti dia akan berhadapan dengan rakyat untuk menagih undi.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.