Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Rabu, 12 Januari 2011

[Kemas Kini] Ahli MCA Mahu Bunyi Azan Dikawal & Diperlahankan. Bayangkan Kalau Ahli PKR atau DAP yang Tulis?



Berdasarkan surat rasmi di bawah ini, seorang peguam yang mendakwa sebagai ahli seumur hidup MCA  tidak berpuas hati dengan bunyi azan yang didakwanya terlalu kuat di Masjid Al-Khadijah Pantai Dalam, berdekatan dengan tempat tinggalnya, iaitu Pantai Hill Park. Justeru, ahli MCA ini telah menulis surat kepada PM Najib untuk mengadu tentang hal itu.

Selain Najib, surat bertarikh 20 Disember 2010 ini turut dihantar kepada Hishamuddin, Raja Nong Chik, Jamil Khir, Nazri Aziz, dan Koh Tsu Koon melalui faks dan e-mel.




Sumber gambar: Payahsungguh
P/s: Isu ini tidak riuh dibicarakan di blog pro-UMCO, langsung tidak dibicarakan di TV3, RTM, mahupun Utusan.

Tujuan saya menyalin dan menampal surat aduan ini bukanlah mahu memberikan komen tentang hal tersebut kerana situasinya tidak saya ketahui, malah jauh sekali untuk menjadikannya suatu provokasi. Saya menyiarkan surat ini sekadar membuat perbandingan reaksi/respon pemimpin dan jurublog UMCO jika surat berkenaan ditulis oleh ahli DAP atau pemimpin parti itu.

Jika surat ini ditulis oleh orang DAP, saya ramalkan isi surat ini akan disiarkan pada halaman hadapan Utusan Malaysia dan sudah tentu dua-tiga muka surat akhbar itu akan berisi ulasan dan kutukan pemimpin UMCO dan pihak yang sewaktu dengannya. TV3 sudah dengan riak wajah pembaca beritanya akan membicarakan kandungan surat ini selama beberapa hari. Jurublog UMCO pula akan menulis di blog masing-masing dengan pelbagai macam bentuk tulisan berbentuk provokasi./www.duniacacamarba.blogspot.com


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.




  1. bising sangat kut...sakit telinga.. tak boleh tidur

    gravatar Comment by perjalanan pulang @ Rabu, Januari 12, 2011 3:37:00 PTG      
  2. salam panglima,

    saya pun tak nak komen fasal surat tu kerana saya sendiri pun tidak mengetahui tentang situasi sebenar.

    Tujuan saya siarkan surat ini hanya sebagai perbandingan reaksi dan respons UMNO dan co dalam menangani isu ini. Jika aduan itu dibuat oleh pihak mereka, maka tiada sebarang komen diberikan, namun jika DAP yang membuat komen habis kecoh 1Malaysia.

    hahhaa UMNO!

    gravatar Comment by Unknown @ Rabu, Januari 12, 2011 3:54:00 PTG      
  3. Isu bising(?) azan ni ada bebrapa faktor. Kadangkala pihak surau/masjid tidak mengambil pusing situasi sekeliling. Saya pernah tulis entry fasal ni sebab dikeliling saya ada 1 masjid dan 4 surau. Kalau selepas solat subuh dipasang tazkirah yang boleh didengar keseluruh alam siapa berani nak tegur pihak surau atau masjid tersebut walhal seharusnya dibiarkan didengari didalam sahaja kerana ianya bukan sekadar mengganggu tidur tetapi juga mereka yang hendak bersolat.
    Dalam kes ini kalau DAP - he he he... jangan ada tukar MCA jadi DAP lepas tu warwarkan seantero dunia sudah la....

    gravatar Comment by mahaza @ Rabu, Januari 12, 2011 4:17:00 PTG      
  4. ada beza kot.

    1.) ahli biasa dengan pemimpin parti tak sama.

    2.) benarkah dia ahli MCA?

    gravatar Comment by gapodio @ Rabu, Januari 12, 2011 4:57:00 PTG      
  5. Salam gopodio,

    cuba baca surat itu betul-betul, penulis surat itu dengan jelas memberitahu bahawa dia ahli seumur hidup MCA, malah dalam surat itu ada e-mel dan nombor telefon, nama. Apa kata saudara telefon dan komfirmkan.

    gravatar Comment by Unknown @ Rabu, Januari 12, 2011 5:04:00 PTG      
  6. salam,

    memang dah baca betul2 sebelum tulis..

    sepatutnya orang yang sebarkan yang cek betul2 segala jenis maklumat sebelum disebarkan. kalau benda tu tak betul, kita akan termasuk dalam kategori menyebarkan fitnah..

    kalau macam tu senang lah kerja. nampak orang tu kaya sikit kita cakap dia makan rasuah, nampak orang ni lawa sikit cakap dia pakai susuk. bila orang tanya kita dan minta bukti kita suruh orang tu cari sendiri. senang hidup lah camtu..

    walau apapun ada beza ahli biasa dan pemimpin parti.yang tu kena bezakan..

    gravatar Comment by gapodio @ Khamis, Januari 13, 2011 9:16:00 PG      
  7. Salam gapodio,

    sebenarnya saya tidak faham dengan masalah saudara.

    Dalam artikel di atas saya tulis "Ahli MCA" saya tidak tulis pemimpin MCA. Kalau orang itu ahli MCA, ahli MCAlah! Kenapa perlu bezakan pemimpin dengan ahli biasa.

    Apa yang fitnahnya artikel ini? Cuba jelaskan!

    Tolong bagi komen yang bernas!

    gravatar Comment by Unknown @ Khamis, Januari 13, 2011 9:22:00 PG      
  8. "saya menyiarkan surat ini sekadar membuat perbandingan reaksi/respon pemimpin dan jurublog UMCO jika surat berkenaan ditulis oleh ahli DAP atau pemimpin parti itu"

    setakat ni yang aku faham kalau pemimpin parti ja yang akan dikaitkan dengan partinya..

    kalau macam tu tiap-tiap hari surat khabar kita akan keluar tajuk berita camni.
    "Ahli Umno mati kemalangan".

    "Ahli Pas ditangkap berkhalwat".

    "Ahli PKR ditangkap meliwat".

    "Ahli DAP ditahan berjudi".

    cuba fahami sikit. sesuatu perkara itu hanya akan menjadi isu sekiranya pemimpin yang buat.baru orang kaitkan dengan parti. ahli biasa orang tak kaitkan.

    nik aziz ja lain sikit, bila karpal singh sebut taknak negara islam dia kata tu cuma pendapat peribadi bukannya sebagai pengerusi DAP. tapi bila ada ahli cawangan umno yang tah mana2 ada buat keluar statement yang tah apa-apa puak2 ni boleh cakap pulak yang tu pendapat UMNO bukan pendapat peribadi ahli cawangan tu.padahal ahli cawangan je, bukannya ketua bahagian pun.

    semua orang boleh mengaku dia ahli sekian2. tapi siapa yang nak buktikan dia betul2 ahli??kalau dia bagi maklumat tak betul dan kita sebarkan maka kita pun jadilah penyebar fitnah...

    gravatar Comment by gapodio @ Khamis, Januari 13, 2011 9:47:00 PG      
  9. Salam gapodio,

    Saudara ni pening ke?

    Saya merujuk dan melabelkan surat ini ditulis oleh "Ahli MCA" kerana NG KIAN NAM yang beralamat di No. 1-21-4, Phase 2, Pantai Hill Park, Pantai Dalam, 59600 Kuala Lumpur dan boleh dihubungi melalui HP: 012-6973840 dan email: wu_jiannan79@yahoo.com ini merujuk dirinya sebagai AHLI MCA seumur hidup sejak 1998.

    Apa masalahnya? Saya tidak mengada-ngadakan cerita.

    Apabila menulis artikel ini perlulah dirujuk tentang gerangan orang yang menulisnya. Nada penulis surat ini juga bernada sebagai ahli parti politik.

    Gapodio, saudara nak bukti bahawa penulis surat ini ahli MCA? Pergi kontak alamat peguam yang menulis surat ini!

    Walau pun anda "memeningkan" orang dengan pertanyaan yang bukan-bukan, tetapi saya hargai anda kerana sudi memberikan komen!

    gravatar Comment by Unknown @ Khamis, Januari 13, 2011 9:55:00 PG      
  10. hahaha...

    Azmin Ali tu pun cakap dulu yang bakar gereja tu ahli UMNO. tapi sampai sekarang tak tunjukkan bukti. dok berjanji nak keluarkan bukti tapi tak keluar2 pun..hahaha...

    Anwar Al-Juburi(Mat Sabu yang bagi nickname ni) pun kata ada bukti mereka-mereka yang lompat parti diberi RM 2 juta. tapi ke hari ni tak bagi2 lagi bukti.. hahaha..

    mamat tu pun boleh mengaku dia ahli MCA sebab nak kan respon dari PM.hahaha...

    aku pun boleh ngaku aku ahli seumur hidup mana-mana parti pastu tulis surat ntah papa pastu sebar kat semua orang...hahaha

    gravatar Comment by gapodio @ Khamis, Januari 13, 2011 10:02:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH