Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Ahad, 2 Januari 2011

Amaran, Gajet Nitendo 3D dan TV 3D Boleh Rosakkan Mata dan Masalah Kesihatan yang lain!


Nitendo versi 3D mungkin gajet permainan yang dinanti-nantikan oleh peminat fanatik permainan video. Namun kemunculannya sedikit masa lagi kini dibayangi oleh amaran kesihatan yang serius.

Nitendo 3DS merupakan gajet tercanggih dan diiktiraf sebagai gajet pertama seumpamanya yang menawarkan imej 3D tanpa bantuan cermin mata khas.  Gajet permainan ini bakal dilancarkan di beberapa negara sekitar Januari, Februari sebelum dijual di pasaran dunia secara besar-besaran.

Menurut beberapa sumber termasuk syarikat pengeluar Nitendo seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail UK, kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah dilarang menggunakan gajet yang mempunyai paparan imej 3D kerana paparan imej tersebut tersebut akan merosakkan mata mereka.

Sebuah laman sesawang permainan video, iaitu kotaku.com menterjemahkan suatu laporan yang menyatakan bahawa paparan imej 3D boleh menyebabkan mata cepat letih berbanding dengan skrin paparan imej normal. Laporan itu mencadangkan agar semua pengguna tanpa mengira umur perlu berehat sekurang-kurangnya setiap 30 minit untuk mengelakkan mata menjadi letih.

Pihak Nitendo pula menyatakan "Jika keadaan fizikal anda menjadi serius atau anda jatuh sakit, sila berhenti bermain dengan serta-merta." Pihak Nitendo juga akan mencadangkan agar kanak-kanak tidak melihat paparan imej 3D kerana fungsi mata mereka masih berkembang. Menurut pakar perubatan, penglihatan kanak-kanak mungkin akan rosak dan mereka terpaksa memakai cermin mata jika terdedah dengan imej 3D pada usia yang tidak sepatutnya.

Selain itu, teknologi skrin paparan Nitendo ini turut juga diguna pakai oleh pengeluar televisyen untuk membangunkan TV 3D, dan sesetengah pemain DVD yang dipasang di dalam kenderaan. Berikutan itu, SAMSUNG turut mengeluarkan amaran yang sama kepada pengguna TV 3Dnya. Pihak SAMSUNG mengeluarkan amaran yang sama kepada pengguna khususnya bagi wanita yang sedang hamil, orang tua, dan pengguna yang mengalami masalah kesihatan yang serius. 

Jadi kepada sesiapa yang kemaruk mahu membeli TV 3D atau menghadiahkan gajet permainan Nitendo 3DS kepada anak-anak atau kaum keluarga sendiri, tolong pertimbangkan niat anda itu!

Baca lanjut di sini.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH