Kata Datuk Mustafa Ali yang dipetik Sinar Harian
: “Kita (Pas) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Abdul Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan.”
TM sudah beberapa kali mengutarakan isu ini di Fan Page DCM
di sini. Dalam beberapa kiriman pada status fan page itu, TM menyatakan sokongan penuh terhadap pelantikan semula Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor.
Dalam status itu, TM menyatakan pelantikan MB perlulah berdasarkan ketokohan, pengalaman, dan rekod kerja seseorang pemimpin bukannya berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi oleh sesebuah parti dalam suatu perikatan. Kita sudah melihat rekod kerja dan ketelusan Tan Sri Khalid di Selangor dan sewajarnya pimpinan PR di Selangor memberikan peluang kepada beliau untuk mentabdir urus negeri Selangor untuk penggal ini agar kemajuannya dapat dikecapi oleh semua rakyat, termasuklah TM.
Sudah tentu setiap manusia mempunyai kelemahan. Oleh itu, bantulah beliau agar kelemahan tersebut dapat diperbaik dan menjadi kekuatan PR di negeri Selangor.
P/s: Harap-harap tiada lagi puak kawan makan kawan di Selangor seperti yang berlaku di Kota Damansara dan kerusi-kerusi yang berlakunya pertindihan calon PR semasa PRU lalu. Harap-harap puak ini tidak mencetuskan kontroversi dengan menyokong kenyataan Hasaan Ali atau Perkasa yang cuba menyibuk urusan PR.
Selagi pemimpin besar bermenantu kepala besar, selagi itulah kes Kota Damansara boleh berulang... siapa boleh jamin tiada lagi balaci2 bernafsu besar di dalam PAS? Belum menang perang sudah berebut harta rampasan.