Awas, Pelajar Dakwa Bagai Dipukau oleh Perogol
Sekadar hiasan. |
[The Borneo Post] KUCHING: Seorang remaja mendakwa dirogol seorang lelaki tidak dikenali sebanyak dua kali pada minggu lepas.
Ibu mangsa yang dalam lingkungan usia 40-an memberitahu, anaknya berusia 15 tahun hanya menceritakan kejadian itu kepadanya pada malam Ahad lalu.
Bagaikan dipukau katanya, anaknya mendakwa tidak mengenali lelaki yang mengambilnya di sekolah dan membawanya ke sebuah rumah sebanyak dua kali pada minggu lepas.
“Malah, dia juga tidak tahu di mana lokasi rumah, tempat lelaki itu mengambilnya dari sekolah dan membawanya ke situ sebanyak dua kali pada minggu lepas,” katanya ketika ditemui pemberita di One Stop Centre, Jalan Simpang Tiga di sini, semalam.
Difahamkan, suspek menghantar mangsa ke sekolah semula selepas insiden yang berlaku pada Isnin dan Jumaat lepas.
Laporan telah dibuat dan polis sedang menyiasat kejadian itu. -9/9/10
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.