Buktikan PKR 'Beli' Saya, Kata Saari kepada Hadi Awang
[Malaysia Kini] Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Saari Sungib dilapor mencabar presiden partinya Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengemukakan bukti beliau “dibeli” oleh PKR.
Perkara itu dilontarkan ekoran tindakannya menandatangani akuan berkanun (SD) yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai pengganti Menteri Bersar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Saari, wakil rakyat Hulu Selangor menjelaskan, beliau menandatangani SD itu bagi mengelakkan Khalid menyebabkan lebih banyak masalah pada negeri itu, lapor The Star Online.
“
Peguam menjelaskan bahawa ADUN mesti memindahkan sokongan kepada calon lain untuk mengesahkan SD itu, dan kami sokong Wan Azizah kerana PKR dan DAP setuju dengan pencalonannya,” beliau dipetik sebagai berkata.
Hadi semalam berkata, PKR tidak patut "mencuri" dua wakil rakyatnya, Saari dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk menyokong Azizah sebagai calon menteri besar.
"Takut majoriti tak dapat, curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Adakah ini etika bertahaluf?
"Kita tidak memandang ringan, dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua, semua ada,” katanya.
Portal berbahasa Inggeris itu juga hari ini melaporkan Saari sebagai menegaskan, beliau hanya cuba mengekalkan kekuatan Pakatan di Selangor.
“
Banyak ulama dalam parti, tetapi mereka masih benarkan tindakan mengutuk saya atas tindakan saya, yang sebenarnya hukuman sebelum perbicaraan. Parti Islam jenis apa ini?
“Di muktamar, pengerusi tetap tidak campur tangan apabila perwakilan berdoa supaya tuhan murka pada saya. Perkara ini sangat memalukan parti,” belia dipetik sebagai berkata.
Perwakilan dalam muktamar PAS sebelum ini mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa mengutuk Saari dan Hasnul selain Timbalan Presiden Mohamad Sabu.
Wakil PAS Wilayah Persekutuan Azhari Ariffin berkata, dua ADUN itu ibarat ejen perosak dalam parti dan menyifatkan mereka sebagai “nila setitik yang merosakkan susu sebelanga”. -21/9/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.