Nenek Terjun ke dalam Kolam Buaya
[Harian Metro] Bangkok: Seorang wanita tua membunuh diri dengan terjun ke dalam kolam buaya. Menurut laporan akhbar Bangkok Post, Wanpen Inyai, 65, terjun ke kolam berkenaan yang mempunyai lebih 1,000 buaya di Ladang dan Zoo Buaya Samut Prakarn di ibu negara Thai ini.
Kejadian berlaku Jumaat lalu selepas dia meninggalkan rumahnya di Bangkok pada hari sama.
Saksi mendakwa melihat wanita itu sengaja melompat ke dalam kolam berkenaan sementara kamera keselamatan mengesahkan dia menanggalkan kasutnya dan berjalan menuju ke kolam berkenaan sebelum terjun.
Jurucakap polis, Preecha Iamnui berkata, pemilik dan kakitangan ladang berkenaan menggunakan galah panjang untuk menghalang puluhan buaya membaham Samut, tetapi gagal.
Adik mangsa, Sunan Tharmnat berkata, kakaknya kelihatan murung dan tidak bercakap dengan sesiapa selama beberapa hari sebelum dia menghilangkan diri.
Dia dan keluarganya membuat laporan orang hilang selepas Wanpen tidak pulang pada malam hari berkenaan, tetapi disuruh menunggu 24 jam seperti ditetapkan undang-undang. - Agensi/17/9/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.