Guan Eng Mohon Ampun, Nyatakan Sebab Kemuka Calon Tunggal
[Malaysia Kini] Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng memohon ampun kepada sultan Selangor atas tindakan parti itu yang hanya mengemukakan nama presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu-satunya calon untuk jawatan menteri besar Selangor yang baru.
Satu kenyataan Lim hari ini menyebut, beliau memohon ampun kerana tindakan tersebut menyebabkan sultan berasa dukacita.
Jelasnya, keputusan untuk mengemukakan nama calon tunggal itu dibuat selepas rundingan dengan ketua umum PKR, yang juga suami kepada Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“...Ia mengikut konvensyen yang dituruti sebelum ini berkaitan dengan lantikan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 2013," katanya.
Tambahnya, keputusan itu juga berdasarkan sokongan bertulis daripada majoriti 30 daripada 56 ADUN Selangor kepada Wan Azizah.
Ia juga berdasarkan sepakat di antara parti Pakatan Rakyat bahawa calon MB baru itu dari parti PKR, katanya lagi. - 9/9/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.