Pemuda Tegur Pemegang Diari Hadi Kena 'Boo', Siapa yang 'Boo'?
[Malaysia Kini] Susulan rungutan terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak hadir dalam beberapa kali mesyuarat Pakatan Rakyat, perwakilan Pemuda PAS Malaysia menegur 'pemegang diari' beliau.
Mohd Sany Hamzan berkatanya hal demikian penting bagi membolehkan Abdul Hadi hadir dalam mesyuarat Pakatan untuk membuat "keputusan penting" demi memperkukuhkan gabungan parti pembangkang itu.
"Mutakhir ini ketidakhadiran presiden kita dalam dua atau tiga kali mesyuarat Pakatan. Yang jaga diari presiden kena jaga betul-betul. Tengok betul-betul.
"Kalau ditulis mesyuarat Pakatan, jangan (ada pertindihan) dengan program lain.
"Kalau sudah mesyuarat Pakatan itu penting, kita mahu pimpinan kita, Tuan Guru Presiden (kanan) untuk sama-sama buat keputusan penting dalam mesyuarat Pakatan Rakyat," katanya tanpa merujuk isu yang terbabit.
"Setuju atau tidak," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden dan kemudiannya sambil disambut segelintir perwakilan yang melaungkan "setuju".
Mohd Sany yang juga pengarah pilihan raya Pemuda PAS berkata kepimpinan sayap itu juga tidak mahu kepimpinan PAS membuat keputusan sendiri dalam perkara tertentu.
'Kita nak lawan Umno'
"Kita bukan nak lawan siapa, kita nak lawan Umno dan BN, sebab itu kena jaga diari itu betul-betul," katanya.
Dalam perbahasannya juga beliau membangkitkan pendirian PAS mengenai isu pelantikan MB Selangor jika pihak Istana melantik ADUN PAS menjawat jawatan itu, dan ia adalah kerusi MB.
"Sebab itu hari ini, kita nak penegasan semua yang hadir, menyatakan jika baginda sultan lantik daripada ADUN PAS, Pemuda ingin sarankan tolak jawatan MB yang ditawarkan.
"Sebab itu janji kita, janji setia kita dalam Pakatan. Setuju atau tidak," katanya sambil diiringi laungan 'setuju' perwakilan yang hadir.
Bagaimanapun terdapat suara daripada pemerhati yang melaungkan beliau 'turun' dan mengebunya.
"Itu pendirian Pemuda. Itu janji yang kita sepakati," katanya lagi sebelum mengakhiri perbahasannya. -19/9/14
P/s: Siapa yang 'boo'? Sudah tentu geng sama yang keluar dewan sewaktu Mat Sabu menyampaikan ucapan beberapa hari lepas. Kalau geng ini membuta tuli, sekurang-kurangnya ada juga pemuda PAS yang berani menegur kepimpinan partinya.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.