Perwakilan Tuntut Insiden Boikot Mat Sabu Disiasat
[Malaysia Kini] Perwakilan Kuala Krai Zulkifli Yacob mahu Jawatankuasa Pemerkasaan Parti supaya menyiasat dan mengambil tindakan terhadap sekumpulan perwakilan Pemuda yang memboikot ucapan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dua hari lalu.
"Jika benar ia berlaku, ambil tindakan (terhadap) Pemuda negeri (yang terlibat).
"Diberi alasan ambil wuduk (untuk solat asar), wah, alimnya mereka! Itu jawapan politik. Tidak pernah berlaku dalam parti.
"Jangan jadi isu-isu (tertentu) untuk melaga-lagakan pemimpin kita. Tak kira ulama atau profesional kerana mereka adalah pemimpin kita," kata Zulkifli ketika mempersoalkan berhubung laporan tahunan Muktamar PAS 2013.
Tindakan beliau itu mengundang campur tangan Pengerusi Tetap Hussain Mohamad yang meminta beliau tidak mengulas panjang memandangkan sesi itu berkaitan perkara teknikal yang berbangkit dalam laporan tahunan.
'Siapa kamu nak boikot Mat Sabu?'
Bagaimanapun, Zulkifli memohon tempoh selama dua minit untuk beliau menghabiskan ucapan dan pertanyaannya.
"Jangan setengah pemimpin kita wala' (setia), dan pemimpin lain kita tak wala'. Saya tidak ada kepentingan apa-apa dengan beliau, tapi saya sokong beliau atas dasar beliau pemimpin kita.
"Beliau banyak jasa, siapa kamu (untuk boikot beliau)," kata Zulkifli.
Pada Muktamar Pemuda PAS dua hari lalu, dipercayai perwakilan Pemuda antaranya daripada Pahang, Terengganu dan Selangor keluar Dewan Chon Moi sewaktu Mohamad memulakan ucapan perasmian sayap parti itu.
Ada antara mereka memakai vest hitam yang bertulis : "Kami bersama presiden dan Majlis Syura Ulama".
Tindakan kumpulan itu dipercayai keputusan Mohamad yang tidak dilihat mempertahankan Abdul Hadi.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kemudiannya menjelaskan bahawa perkara itu adakan dijawab oleh pengerusi jawatankuasa yang terlibat - Salahudin Ayub - dalam ucapan penggulungan. - Abdul Rahim Sabri/18/9/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.