Pelajar IPT Cuba Setubuh Luar Nikah Didenda
Sekadar hiasan. |
[Harian Metro] Kuala Terengganu: “Sebagai seorang yang terpelajar, perbuatan tidak bermoral itu tidak sepatutnya dilakukan tertuduh yang sudah bijak berfikir dan membezakan baik buruk sesuatu perkara,” kata Hakim Tinggi Syarie Rosdi Harun dalam penghakiman sebelum menjatuhkan hukuman denda RM2,300 terhadap seorang remaja perempuan yang didapati bersalah terhadap pertuduhan cuba melakukan persetubuhan luar nikah pada Jun tahun lalu.
Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman itu terhadap seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) berusia 18 tahun selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.
Rosdi turut menjatuhkan hukuman penjara dua bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan satu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dengan pasangannya, Muhamad Azmil Mohd Zalzali, 20, di dalam sebuah kereta di kawasan Taman Awam Pulau Warisan, di sini, pada jam 6.50 petang, 5 Jun 2013.
Sebelum ini, Muhamad Azmil yang bekerja sendiri dan berasal dari Marang dikenakan hukuman denda RM2,800 atau empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof manakala tertuduh diwakili peguam syarie Nurul Aini Abd Malik. - 8/9/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.