Gambar Disabotaj, Mat Sabu "Tak Seronok"
[Sinar Harian] BATU PAHAT - ''Saya rasa tak seronok gambar saya dibubuh cat," demikian reaksi Timbalan Presiden, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu terhadap insiden gambarnya yang diconteng.
Mat Sabu sempat berseloroh kejadian itu menyebabkan Muslimat Pas 'marah'.
"Muktamar ini, entah macam mana tiba-tiba saya menjadi sasaran. Tapi saya rasa seronok bila mendengar mereka cakap terus terang dalam muktamar.
"Yang tak seronok apabila gambar saya dibubuh cat. Ini tak seronoklah. Janganlah buat begitu. Muslimat marah. Ada yang berhenti nak pergi basuh gambar itu," katanya ketika memberi ucapan penggulungan pada Muktamar Pas kali ke-60, di sini, hari ini.
Beliau juga menyentuh soal beberapa perwakilan yang mengkritiknya ketika menyampaikan perbahasan semalam termasuk dari Wilayah Persekutuan yang menggunakan doa ketika berbahas.
"Saya duduk lama dalam parti ini, baru pertama kali saya tengok ucapan dalam bentuk doa.
"Kita dulu, guna juga doa ini. Apabila berceramah tak boleh, disuruh bersurai, kita baca doa. Tak boleh nak dilarang doa," katanya.
Mat Sabu sempat bergurau untuk membaca talkin pada sesi perbahasan akan datang.
"(Semalam) Pengerusi tetap nak sekat (tak boleh), dia baca doa. Rupanya taktik baru ini. Lain kali kita baca talkin pula. Nak tegur macam mana (dia baca doa)?.
"Bagaimana pun keberanian bercakap itu baik. Cuma kadangkala, berani-berani pun, nama sebenar tak berani beritahu," katanya. - Raziatul Hanum A Rajak/ 20/9/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.