Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

Selasa, 30 Jun 2015

Anwar Ada Ketumbuhan 4cm pada Buah Pinggang'



Peguam kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa untuk mengeluarkan beliau dari penjara dan menempatkan tokoh itu bawah tahanan rumah.

Ini bagi membolehkan bekas ketua pembangkang itu mendapat rawatan kesihatan.

Dalam kenyataan akhbar hari ini, Peguam Sivarasa Rasiah dan Jared Genser berkata tahap kesihatan Anwar "semakin teruk dan amat membimbangkan" kerana beliau dinafikan rawatan perubatan yang sesuai.


Sivarasa dan Genser berkata Anwar kehilangan 6kg sejak penahanannya pada 10 Februari dan mengalami tekanan darah yang tidak menentu, ketumbuhan 4cm di buah pinggang, otot bahu yang terkoyak dan artritis kronik.

Antara rawatan lain, peguam berkata, Anwar memerlukan diet tanpa gluten dan fisioterapi intensif, yang tidak dapat ditawarkan di penjara Sungai Buloh.

Ini disimpulkan selepas Anwar dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur pada 2 Jun, di mana beliau telah ditempatkan selama dua hari.

"Para doktor melaporkan secara lisan bahawa beliau memerlukan penilaian dan rawatan lebih lanjut berkaitan beberapa isu kesihatan.

"Pihak penjara berkata ia masih belum menerima sebarang laporan kesihatan dari pihak hospital yang meminta ujian lanjut," kata peguam Anwar itu.

Dalam kenyataan itu juga, Sivarasa dan Genser berkata Anwar ditempatkan dalam kurungan bersendirian dengan disediakan baldi untk mandi dan tandas cangkung.

Mereka juga berkata keadaan panas dan lembab dengan pengudaraan yang menimum memburukkan lagi masalah kesihatan beliau. -Malaysia Kini/30/6/15

, , ,

Isnin, 29 Jun 2015

Budak Liwat Budak

Sekadar hiasan.
BULAWAYO (Zimbabwe): Sepuluh kanak-kanak lelaki dari Kem Polis Commonage Barat berusia antara enam hingga sembilan tahun menjadi mangsa liwat budak lelaki berusia 12 yang tinggal di kawasan sama dan rakannya yang tidak diketahui identiti mereka.

Tiga daripada tujuh mangsa dilaporkan hanya tinggal di dalam rumah sejak tiga hari lalu kerana tidak mampu berjalan akibat kecederaan serius.

Kejadian 14 Jun lalu itu dikatakan tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana ibu bapa budak yang dipercayai ketua geng terbabit mengancam keluarga mangsa.

Semua mangsa yang juga murid sekolah rendah berlainan itu dibawa untuk pemeriksaan di Hospital Mpilo dan doktor mendapati tiga daripadanya mengalami kecederaan serius.

Laporan perubatan yang didedahkan ahli keluarga mangsa menunjukkan memang ada tanda mereka diliwat.

Seorang ibu berkata: “Saya rasa ada sesuatu tidak kena dengan anak selepas dia pulang dalam keadaan terhenjut-henjut. Apabila disoal, dia mendakwa cedera ketika bermain. Tetapi saya tahu sesuatu yang tidak kena kerana dia murung dan akhirnya mengaku diliwat.

“Malangnya, dia antara tiga yang paling teruk cedera. Namun, kami memutuskan untuk mendiamkan perkara ini kerana ibu kanak-kanak yang meliwatnya mengancam melakukan sesuatu yang buruk jika kami mendedahkan nama anaknya.

“Apa yang lebih penting kini adalah anak-anak kami mendapat perlindungan supaya boleh membesar dengan tenang.”

Seorang bapa mangsa menyuarakan rasa terkejut seorang kanak-kanak tergamak mencederakan budak yang lebih kecil.

“Saya masih terkejut bagaimana budak bawah umur boleh melakukan perkara seperti itu? Anak saya kini terpaksa makan ubat dan berharap dia kekal stabil.

“Pihak sekolah tidak menyedari kejadian itu kerana bimbang berita tersebar seterusnya mempengaruhi kesihatan mental mereka,” katanya.

Seorang lagi ibu berkata, anaknya menceritakan dengan terperinci apa yang berlaku walaupun laporan perubatan mengatakan dia tidak diliwat.

“Si pelaku yang juga ketua kes liwat itu mempunyai beberapa rakan yang tinggal di luar kem. Saya tidak akan berhenti kerana perkara ini memberi kesan buruk kepada mental anak saya.

“Lebih membimbangkan, polis tidak mengambil langkah tegas untuk membawa perkara itu ke mahkamah.

“Bagaimana anak-anak kami mahu melalui kehidupan setiap hari dengan melihat orang yang meliwat mereka?” katanya. - Agensi/Harian Metro/29/6/15


, ,

Khamis, 25 Jun 2015

Orang Dakwa ‘Mimpi Nabi’ Bersifat Riak - Mufti Perlis


Mereka yang suka mendakwa bermimpi jumpa dengan Nabi Muhammad tertipu dengan perangkap syaitan sehingga mendatangkan sifat riak, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Asri berkata, mereka yang membuat dakwaan sebegini sering memiliki tujuan tertentu seperti menambah pengaruh diri, mengumpulkan harta orang ramai untuk diri sendiri, menyokong puak atau aliran tertentu serta tujuan politik kepartian.

"Bukan sedikit dalam sejarah golongan yang menyeleweng menggunakan dakwaan sebegini untuk menaikkan diri sendiri dan menyokong aliran yang mereka dokongi," tulisnya dalam laman Facebook hari ini.

Komen itu dipercayai sebagai respons terhadap kiriman Facebook Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Mokhtar Senik yang mendakwa bermimpi bertemu Nabi Muhammad dan sahabat baginda Umar Al-Khattab berpuluh kali ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri di Kamunting, Perak.

Asri berkata, syaitan tidak boleh meniru ataupun menyerupai Nabi, namun syaitan boleh menyerupai yang lain untuk disangka Nabi datang dalam mimpi mereka.

"Lalu ada kalangan mereka yang tertipu itu mendakwa di depan orang ramai untuk satu kemasyhuran diri ataupun riak mereka bermimpi Nabi.

"Padahal mereka lupa, riak adalah penyakit daripada suntikan syaitan dan mereka jatuh ke dalam perangkap syaitan," katanya.

Mokhtar, yang pernah ditahan ISA kerana terlibat dengan kumpulan Al Maunah pada 2000 yang dituduh cuba melancarkan perang terhadap Agong, menulis pengalamannya, dan berkata antara hiburan Allah kepada mereka semasa dalam tahanan ialah mimpi indah.

"Antaranya kami dikurniakan mimpi bertemu Rasulullah. Sepanjang 3 tahun lebih ditahan di situ, berpuluh kali saya bermimpi didatangi Saidina Umar Alkhattab," tulis ketua Dewan Ulama PAS Pahang itu.

Bagaimanapun, Mokhtar kemudiannya memadam posting tersebut selepas ia mengundang sindiran pengguna media sosial lain. – The Malaysian Insider/25 Jun, 2015.

, ,

Rabu, 24 Jun 2015

Husam Digugurkan daripada Kabinet PAS Kelantan



Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa digugurkan daripada barisan kepimpinan PAS Kelantan apabila kabinetnya dibentuk semalam.

Dalam kabinet baharu itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob kekal sebagai pesuruhjaya manakala Datuk Dr Fadzli Mohamad dilantik timbalan pesuruhjaya, mengambil alih tempat bekas exco Kelantan itu.

Turut dilantik sebagai timbalan pesuruhjaya adalah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Dr Johari Mat.

Sementara itu, PAS Kelantan juga mendapat setiausaha perhubungan yang baharu, apabila Datuk Che Abdullah Mat Nawi dilantik menggantikan Zulkiflli Mamat yang kini dilantik sebagai pengarah pilihan raya.

Ketika Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin Kelantan, Husam merupakan orang kanan beliau dalam parti dan kerajaan.

Husam dan rakan-rakan progresifnya dalam PAS tewas dalam pemilihan pada awal Jun lalu. – The Malaysian Insider/24 Jun, 2015.

P/s: Pembersihan habis-habisan.


,

Selangor Umum Bonus Raya Sebulan Gaji



PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor pada Rabu mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji sempena sambutan Aidilfitri kepada penjawat awam di negeri ini.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pemberian bonus itu melibatkan seramai 17,534 kakitangan berkelayakan yang berkhidmat di Selangor.

"Imbuhan tahunan ini adalah bagi menghargai khidmat yang diberikan oleh semua penjawat awam negeri dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan negeri secara profesional dan berintegriti ke arah 'Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli'," katanya menerusi kenyataan di sini.

Pembayaran bonus itu akan dibuat pada 9 Julai depan. -Mstar/24/6/15

,

Selasa, 23 Jun 2015

Parti Islam Baru Ganti PAS, Apa Respons Haji Hadi?


Sebuah parti Islam baru yang dicadangkan oleh Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) akan menganggotai gerakan baru diwujudkan DAP bagi menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, pakatan baru yang dicadangkan DAP selaras cadangan PasMapada 13 Jun lalu selepas beberapa perbincangan membabitkan kepimpinan NGO itu dari seluruh negara, lapor Berita Harian hari ini.

Laporan itu juga menyebut, PasMa akan terus kekal menjadi sebuah NGO dan akan menyokong kuat penubuhan pakatan baru bagi menghadapi pilihan raya umum Ke-14 nanti.

"Cadangan PasMa antaranya mewujudkan pakatan baru dengan struktur lebih jelas disebabkan struktur Pakatan Rakyat sebelum ini longgar dan sekadar satu persefahaman.

"Oleh itu perlu diwujudkan Pakatan baru yang mempunyai struktur kepimpinan dan mekanisme jelas yang mengikat parti komponen menerusi dasar bersama… Jika ada perbezaan pandangan, bagaimana mekanisme untuk menentukannya… cadangan DAP itu menyamai cadangan PasMa,” kata Phahlolrazi seperti dilaporkan akhbar itu.

Sebelum ini DAP bercadang menubuhkan gerakan baru bagi menggantikan pakatan pembangkang yang menggabungkan kerjasama dengan PKR dan PAS.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan berkata langkah itu penting bagi memastikan perjuangan politik serta rangka kerja pakatan pembangkang selepas ini mempunyai objektif serta matlamat yang sama.

Apa kata Haji Hadi?

Kamu Akan 'Tenggelam' - Haji Hadi


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memberi peringatan kepada semua ahlinya tentang sejarah parti itu bahawa pemimpin tertinggi parti yang bersama parti atau pertubuhan lain, akan "tenggelam".



Peringatan itu terkandung dalam surat terbukanya kepada anggota parti hari ini tanpa menamakan mana-mana pihak dalam PAS.

"Setiap ahli PAS mestilah bersama dengan jamaah yang ditubuhkan di atas prinsip dan matlamat berakidah yang teguh bersama konsep pendekatannya, dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah.

"Sesiapa yang mengikuti perjalanan bersama atau membaca sejarah PAS, akan menyaksikan gelombang dan liku perjuangan dan hilangnya pemimpin paling tinggi, ahli biasa atau penyokong secara sendirian atau tenggelam bersama parti dan pertubuhan yang dijadikan bahteranya.

"Adapun perkara yang akan datang berada dalam ilmu Allah dan kita diwajibkan mengambil iktibar serta sentiasa berilmu, berdoa dan bertawakkal kepada Allah," kata Hadi.

Dalam surat itu, Hadi turut mengingatkan anggota supaya memahami dan menghayati dua aspek penting iaitu istiqamah dengan akidah perjuangan dan pendekatan dakwah bagi melaksanakan Islam, bagi mengelak kecundang atau tercicir dalam perjuangan.

Katanya, kedua-dua aspek itu dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sababat sewaktu lemah dan kuat, serta belum wujudnya negara dan setelah tegaknya negara.

"Kedua-dua aspek tersebut mewajibkan hidayah, melalui ilmu, kebijaksanaan dan terpentingnya memohon petunjuk Allah dengan khusyuk setiap rakaat salat dan bila-bila masa sahaja," katanya.

Mengulas lanjut, Hadi berkata perjuangan Islam berbeza dengan ideologi ciptaan manusia, malah beliau menyeru supaya ahli konsisten melaksanakan pendekatan yang dizinkan Allah.

Katanya, perkara tersebut perlu dengan mengambil kira hukum halal dan haram termasuk dalam berhubungan dengan bukan Islam dan musuh tetapi bertegas dalam akidah.

Beliau memberi dalil Al-Quran, hadith serta sejarah Rasulullah SAW dan para sahabat khususnya dalam melaksanakan arahan berhijrah Madinah sehingga tertegaknya negara yang mempunyai masyarakat majmuk berbagai agama, kaum dan sikap.

"Ayat-ayat al-Quran tersebut bermaksud bahawa Allah menunjukkan kepada kita supaya berlaku baik kasih sayang terhadap seluruh manusia mengikut sempadannya.

"Maka Rasulullah SAW, menjalinkan segala pendekatan hubungan dengan kalangan bukan Islam, secara bertahaluf, berta’awun, berdamai, memaaf kesalahan dan lain-lain.

"Apabila berlakunya sikap bermusuh yang mahu merosakkan Aqidah maka dibatalkan segala bentuk hubungan walupun terhadap kaumnya di Makkah. Menunjukkan banyaknya keterbukaan dalam perkara pendekatan dan sangat tegas dalam perkara Aqidah perjuangan," katanya. Malaysia Kini/23/6/15


P/s: Jangan lupa parti serpihan sebelum ini kiblatnya ke arah BN, kali ini kiblatnya ke arah PR dan sudah tentu menerima sokongan padu daripada PKR dan DAP. Telahan yang mengatakan bahawa parti baru akan gagal tidak boleh diterima bulat-bulat. Peluang untuk diterima oleh rakyat terbuka luas jika strategi yang dijalankan betul.


,

Tyrese Gibson Nafi Peluk Agama Islam


Pelakon Tyrese Gibson menafikan bahawa beliau telah memeluk Islam selepas tersebarnya khabar angin tersebut sejak awal Ramadan..

"Dengan hormat saya menjelaskan (bahawa) saya bukan seorang Muslim, saya seorang Kristian sejak dilahirkan.

"Saya menghormati semua agama dan ada ramai kawan Muslim yang sangat baik. Saya sudah mendalami budaya dan saya hormati budaya," kata Gibson di laman sosial Facebook.

Berita awal di sini.

Isnin, 22 Jun 2015

Tiga Tahun Dukung Kawan Cacat di Sekolah



BEIJING-CHINA. Terlalu sukar untuk diungkapkan!

Bayangkan seorang sahabat anda sanggup menjadi kaki dan tangan anda sepanjang anda di sekolah.

Perkara itu kelihatan mustahil, tetapi mampu dilakukan oleh Xie Xu, 18, apabila sanggup mendukung zhang Chi, 19, dibahagian belakang badannya semata-mata untuk berulang alik ke sekolah setiap hari.

Bagi Xu, tiada apa yang diharapkan selain hanya memastikan rakannya dapat menimba ilmu ke sekolah.

Jadi melalui bantuan Xu, Chi tidak lagi menghadapi masalah untuk hadir ke kelas.

Perkara itu dilakukan selama tiga tahun. Ya, setiap hari selama tiga tahun!

Besar sungguh jasa dan kebaikan Xie Xu.

Tidak normal

Penyakit distrofi otot yang dihadapi sekian lama oleh Chi mengakibatkan dia sukar bergerak apatah lagi berjalan.

Dek kerana itu Chi sukar untuk melakukan aktiviti seperti remaja lain.

Namun siapa sangka kesakitan Chi tidak ditanggung oleh dirinya sendiri apabila ada orang lain sanggup memikul beban yang sama sepertinya. Iaitu sahabatnya Xu.

Sebenarnya kedua-dua sahabat ini bukanlah adik-beradik. Cuma, kenalan yang sama-sama menginap di asrama berhampiran Sekolah Tinggi Daxu di Xuzhou yang terletak di Wilayah Jiangsu, China.

Lakukan aktiviti bersama

Menurut Penolong Pengetua Sekolah tersebut, Guo Chunxi, kedua-dua sahabat itu sememangnya sentiasa bersama dalam apa jua perkara.

"Perlakuan mendukung selama tiga tahun memberi respons yang sangat baik kepada individu sekeliling.Lebih mengharukan Xu sanggup membasuh pakaian harian Chi, selain itu, dia juga berperanan dalam memenuhi keperluan makan Chi sebanyak tiga kali sehari.

“Xu akan mendukung Chi ke kafetaria apabila tiba waktu makan," katanya

Pelajar cemerlang

Kedua-dua sahabat ini dinobatkan antara pelajar cemerlang di sekolah.

Akan tetapi tempoh kebersamaan mereka semakin singkat apabila kedua-duanya akan mengejar cita-cita mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Xu dikhabarkan menerima tawaran temu duga ke Institut Politeknik Nanjing, sementara Zhang Chi pula dalam proses mempersiapkan diri untuk mengambil peperiksaan kemasukan pendidikan tinggi negara 'Gaokoa'.

Sehingga kini, perbuatan Xie Xu, menjadi inspirasi kepada dunia.

Di sebalik paparan kejahatan dan kezaliman dunia yang saban hari dipaparkan, rupa-rupanya masih ada manusia yang benar-benar berhati murni dan sebaik Xu, inilah yang dikatakan sahabat yang benar-benar ikhlas dan jujur dalam bersahabat. -Sinar Harian/22/6/15

P/s: SALUT!!!


, ,

[Video] Pelakon Fast & Furious Dilapor Peluk Islam, Teruja Sambut Ramadan


LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT - "Ramadan al-Mubarak untuk semua umat Islam di seluruh dunia, aku mencintaimu. Aku benar-benar mencintaimu!!! Insya ALLAH berkat untuk kamu dan keluargamu," demikian tulis Tyrese Gibson di akaun Istagramnya baru-baru ini.

Tyrese Gibson, 36, antara aktor penting yang menjayakan filem sekuel Fast & Furious dilihat begitu teruja menyambut kedatangan bulan Ramadan tahun ini.

Gibson dilaporkan sudah memeluk agama Islam sejak awal 2014. Dia mengambil keputusan itu selepas berkunjung ke Dubai.

Difahamkan dia ke sana untuk menghiburkan dirinya selepas kematian Paul Walker. Di Dubai, Gibson sempat bergambar dengan mengenakan serban lengkap jubah berwarna putih. Setelah memeluk Islam, Gibson merasa dirinya seperti manusia yang baru lahir.

Sementara itu menerusi video pendek Deen.com, Gibson dikatakan mendapat hidayah selepas dia menonton sebuah filem pendek yang berjudul ' The Purpose of Life '.

Keputusan Gibson ini disambut baik oleh para peminatnya.-Sinar Harian/22/6/15




,

[Video] Pelakon Indonesia, Lukman Sardi Mengaku Murtad, Masuk Kristian



Pelakon popular Indonesia, Lukman Sardi mengumumkan keputusannya untuk memeluk agama Kristian sekaligus keluar daripada Islam.

Pengakuan pelakon berusia 43 tahun itu dapat ditonton di saluran YouTube sejak dimuat naik bermula 24 Mei lalu.

Lukman menceritakan hal tersebut semasa upacara ulang tahun di Gereja Bethel Indonesia (GBI) Ecclesia.

"Saya memilih untuk ‘percaya’ sekitar enam tahun yang lalu," ujarnya.

Menurut beliau keputusannya itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuklah isterinya, Pricillia Pullunggono yang beragama Kristian. Ia adalah simpulan pencarian rohani yang berlangsung selama beberapa tahun.

Lukman merupakan anak kepada lagenda biola Indonesia, Allahyarham Idris Sardi. Hasrat Lukman untuk menukar agama turut dimaklumkan kepada arwah bapanya semasa beliau masih hidup.

“Ayah adalah orang yang paling kecewa kerana dia adalah seorang yang alim. Pesannya kepada saya supaya bertanggungjawab dengan pilihan sendiri,” tambahnya.

Media sosial khususnya Twitter dibanjiri pelbagai reaksi dari para pengikut industri hiburan di Indonesia.

Ada baiknya kita bertanya, mengapa Lukman Sardi pindah agama dan Tyrese Gibson pindah agama.— Bagus Prahutdi (@bagusprahutdi)June 22, 2015

Yg nyinyirin Lukman Sardi pindah agama pasti kehidupan beragamanya udah sempurna sekali. Kalo saya mah jauh dari baik, jd mending diem aja.— ELVEGANO (@elvgno)June 22, 2015

Nahh. Pelakon 'Sang Pencerah' masuk agama kristian. Siapa sangka kan?— Taqiie (@taqiie)June 22, 2015

Berita om@lukmansardipindah agama jgn dibesar-besarkan. Itu kan hak pribadi dia utk bebas memilih agama dan menjalankannya.— Kinanti Pricillia (@kikii1810)June 22, 2015

lukman sardi is mur**d while fast and furious's actor Tyrese Gibson is Muallaf.. sad and good news, but well is all about choice :)— hayati (@ciblekciwek)June 20, 2015

Lukman sardi tak boleh memakai nama orang tuanya ( sardi ) yg muslim,, sekarang cukup dengan nama sebutan baru ( lukman murtad )— PresidenOposisiRI (@farhatabbaslaw)June 19, 2015

Lukman Sardi Murtad? Lebih indah membaca ke-mualafan Actor Hollywood Tyrese Gibson, Maxwell & Will Smith— Alejandrodarman (@Alejandrodarman)June 19, 2015

Lukman Sardi pindah agama lebih bikin panik ketimbang kasus korupsi. Emang orang-orang negara ini punya masalah menentukan prioritas.— Adis (@germarama)June 20, 2015

Tidak kurang juga para netizen Malaysia yang turut menzahirkan pendapat mereka lantaran Lukman turut dikenali di negara ini.

What? Lukman Sardi changed religions? Oh my God! That's none of my business and has absolutely no effect whatsoever on my life!— Hasief Ardiasyah (@hasief)June 21, 2015

Saat Lukman Sardi dan Tyrese Gibson bertukar agama, kita masih lagi bengap dan buta, mahu menjadi penghukum di dunia.— hafizz dzulkifli (@fizzisme)June 21, 2015

@saifulislam@ahmadfirdaus507semoga Allah beri beliau hidayah— bumilangit (@bumilangit)June 22, 2015

tidak perlu banyak berita tentang lukman sardi semoga beliau di beri hidayah oleh Allah SWT— Eko aja (@Ekotrion20Eko)June 21, 2015

Pelakon utama watak Kiyai Ahmad Dahlan di dalam filem Sang Pencerah menjelaskan tindakannya murtad meninggalkan...http://t.co/vshdZxxjEt— Hasrizal Abdul Jamil (@saifulislam)June 22, 2015

Lukman terkenal kerana sering melakonkan watak seorang Islam yang alim seperti filem Sang Pencerah. Antara filem-filem lain lakonannya adalah Laskar Pelangi, Soekarno: Indonesia Merdeka, Merah Putih dan Janji Joni. -Astro Awani/22/6/15


, , , ,

DAP: Pakatan Boleh Pecah Awal Jika Menang PRU13, Mengapa?


Pakatan Rakyat mungkin berpecah lebih awal jika gabungan pembangkang itu menang dalam pilihan raya umum ke-13, kata tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang.

Dalam kenyataannya, beliau berkata ini kerana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah menyokong Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.


"Krisis Pakatan mungkin berlaku lebih awal jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai majoriti kerusi parlimen dalam pilihan raya umum ke-13 dua tahun lalu, kerana Hadi tidak pernah menerima Anwar sebagai calon Pakatan menjadi perdana menteri," kata Lim.

Tahun lalu, Setiausaha Agung Rafizi Ramli mendedahkan bawa PAS bawah Hadi menolak pencalonan Anwar sebagai perdana menteri sebaliknya menyebelahi pemimpin veteran Umno Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah.

Minggu lepas DAP mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi, manakala PAS masih bertegas Pakatan masih lagi kekal.

Bagaimanapun, Lim berkata gabungan pembangkang itu sebenarnya telah mati sekurang-kurangnya setahun yang lalu, dan hanya wujud sekadar pada nama sahaja.

"Sejak setahun lalu Pakatan wujud hanya pada nama, bukan secara hakikatnya disebabkan Hadi melanggar dua prinsip asas Pakatan, rangka kerjasa dasar bersama Pakatan.

"(Hadi juga melanggar) prinsip konsensus operasi bahawa persetujuan ketiga-tiga parti komponen Pakatan diperlukan bagi melaksanakan mana-mana cadangan Pakatan," kata Lim lagi.- Malaysia Kini/21/6/15


, , ,

Salahuddin, Mahfuz Dilantik AJK PAS Pusat, Apa Jawapan Mereka?


Tiga pemimpin PAS dari kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan parti itu dalam muktamar baru-baru ini, dilantik menganggotai Jawatankuasa PAS pusat bagi tempoh dua tahun.

Mereka ialah bekas naib presiden Salahudin Ayub dan bekas ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar sementara bekas AJK PAS Pusat Mohd Taufek Abdul Ghani pula dilantik semula ke jawatan tersebut.

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur.

Tuan Ibrahim berkata, surat pelantikan ini sudah dihantar sejak minggu lalu dan sehingga kini masih belum ada penolakan.

"Surat pelantikan itu dihantar secara formal, kita (juga) ada hubungi melalui telefon dan sebahagiannya kata (yang dilantik) tunggu surat dulu dan buat keputusan dan tidak ada penolakan setakat ini,” kata Tuan Ibrahim.

Malaysiakini telah menghubungi Salahuddin tetapi masih belum mendapatkan maklum balas.

Manakala Mahfuz pula berkata beliau belum menerima surat pelantikan itu dan akan menjawabnya selepas menerimanya kelak.

"Saya belum terima surat seperti yang didakwa oleh Tuan Ibrahim, saya akan jawab secara bertulis (jika terima surat). Saya masih belum terima lagi surat itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sementara itu, lima lagi pemimpin PAS dilantik ahli jawatankuasa PAS peguam Datuk Wan Mutalib Embong, Dr Najihatul Salihah Ahmad, Mohamad Husin, Mukhtar Suhaili dan Zainal Abidin Kidam.

Tuan Ibrahim turut mengumumkan bahawa Datuk Mustafa Ali sebelum ini menyandang jawatan setiausaha agung kini dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS pusat.

Manakala jawatan Setiausaha PAS kini disandang oleh Datuk Takiyuddin Hassan yang dibantu oleh Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Khairul Fahmi.

Bagi jawatan bendahari pula PAS melantik Mohamad Noor Mohamad sementara Ketua Penerangan oleh Nasrudin Hassan.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata PAS Pusat telah menerima surat peletakan jawatan Mazlan Aliman sebagai anggota jawatankuasa PAS dan beliau akan menggantikan calon lain bagi mengisi kekosongan itu.

“Peletakan jawatannya (Mazlan) diterima. Masih ada satu kekosongan dan akan diganti,” katanya.

Minggu Mazlan yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) meletak jawatan itu serta merta kerana mahu fokus kepada NGO yang disertainya. -Malaysia Kini/21/6/15



, , , , ,

Sabtu, 20 Jun 2015

WSJ: Najib Didakwa Guna Dana 1MDB untuk PRU13


Laporan Wall Street Journal (WSJ) hari ini mendakwa bahawa dana 1MDB telah digunakan untuk membiayai kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Laporan itu mendakwa bahawa ia dilakukan dengan 1MDB membuat pembelian aset pada harga yang tinggi dari Genting Group pada 2012.

Genting kemudiannya didakwa membuat sumbangan kepada sebuah yayasan yang didakwa ada kaitan dengan Najib sebelum PRU13 dan dana itu telah digunakan untuk berkempen.

"1MDB pada Oktober 2012 memperolehi satu unit Genting yang memiliki 75 peratus kepentingan dalam loji janakuasa arang batu 720 megawatt berhampiran Kuala Lumpur," kata laporan itu.

WSJ mendakwa, pembelian 1MDB terhadap kepentingan Genting dalam aset kuasa itu adalah kira-kira lima kali ganda nilainya ketika itu.


Laporan itu mendakwanya "harganya yang bersamaan dengan kira-kira AS$740 juta pada masa itu, menjadi RM2.3 bilion.

"Beberapa bulan selepas jual-beli itu, satu unit Genting yang dikenali sebagai Genting Plantation Berhad membuat sumbangan kira-kira AS$10 juta kepada sebuah badan amal yang mempunyai kaitan dengan Najib, menurut jurucakap untuk Genting Plantation," dakwa laporan itu lagi.

WSJ mendakwa bahawa yayasan itu ialah Yayasan Rakyat 1Malaysia, yang menyenaraikan Najib sebagai pengerusinya di laman web yayasan tersebut.

Menurut laporan WSJ itu lagi, walaupun ditubuhkan untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik melalui pendidikan dan sukan, namun badan kebajikan itu kemudiannya terlibat dengan perbelanjaan yang dilihat untuk membantu Najib mengekalkan kuasanya dalam pilihan raya umum Mei 2013. -Malaysia Kini/19/6/15

,

Pemikiran Pemimpin PAS Bahaya kepada Parti, Negara - Mat Sabu



Dalam bahagian terakhir temu bual kami dengan Mohamad Sabu, seorang pemimpin PAS popular, beliau memberitahu The Malaysian Insider mengenai kebimbangannya terhadap pemikiran pemimpin dalam parti Islam itu, dan memberi amaran ia boleh membahayakan negara.

PAS kini mula mengikut trend “bahaya” di mana fokus diberikan kepada menghukum mereka yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Islamik, kata Mohamad Sabu, salah seorang pemimpin “progresif” dalam parti itu yang digulingkan.

Bekas timbalan presiden parti popular itu dikenali sebagai Mat Sabu, yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini berkata, kecenderungan itu dalam amalan Islam hari ini bermula di Timur Tengah, dan PAS menyertai gerakan “takfiri” itu (umat Islam menuduh saudara Islam lain murtad) ketika berdepan dengan mereka yang tidak bersetuju dengan mereka.

“Kamu tidak bersetuju dengan kami, maka kamu tidak bersama kami. Kamu kafir, liberal, munafik.

“Ini berlaku di Syria, Iraq, Mesir, Somalia, Algeria dan Pakistan. Ia sangat bahaya dan pelajar yang melanjutkan pelajaran di Timur Tengah, membawanya pulang bersama mereka,” katanya ketika ditemu bual The Malaysian Insider.

Mat Sabu turut memberi gambaran kesan lebih besar kepada Malaysia jika cara pemikiran seumpama itu berterusan.

“Apa yang sedang berlaku berbahaya kepada parti dan pada masa depan, ia juga akan membahayakan negara.

“Persaingan di Timur Tengah mungkin akan ambil masa lebih panjang daripada 20 atau 30 tahun untuk berakhir. Di Malaysia, ia belum bermula lagi, tetapi benihnya sudah mula ditanam dan kuntumnya tidak lama lagi akan berbunga,” katanya.

Kesannya ialah beberapa pemimpin dan ahli PAS jadi lebih fokus terhadap sama ada seseorang itu berada di pihak mereka atau tidak, bukannya bergantung pada rekod kecemerlangan seseorang dalam berkhidmat kepada parti, katanya.

Merujuk kisahnya sendiri, Mat Sabu berkata, tidak kisahlah jika beliau pernah dipenjarakan 2 kali mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri, dan keluar masuk balai polis mempertahankan perjuangan PAS dan isu berkaitan rakyat Malaysia.

“Apa yang mereka bincang hanyalah sama ada Abang Mat berada di pihak mereka atau tidak. Mereka tidak peduli selama ini kamu berpenat lelah untuk parti dan hanya balik rumah beberapa hari saja dalam sebulan.

“Mereka lihat Hanipa dan label dia liberal dan kata dia mesti ditolak. Tidak peduli berapa hebat dia berbahas di Dewan Rakyat atau mahkamah, mempertahankan rakyat. Kerjanya tidak ada nilai kerana dia dilabel liberal,” katanya merujuk kepada peguam Mohamed Hanipa Maidin, yang turut gagal mempertahankan jawatannya dalam Jawatankuasa PAS Pusat.

“Inilah aliran pemikiran dunia Islam hari ini... dan PAS pun sedang berdepan penyakit ini,” kata Mat Sabu.

Beliau dan Hanipa adalah antara bekas pemimpin parti yang dikatakan progresif kerana pendirian mereka yang lebih terbuka terhadap bukan Islam dan mereka percaya perjanjian persefahaman di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang kini tidak berfungsi lagi, sepatutnya dihormati.

Mereka juga bersifat kritis terhadap kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan beliau sering mengingkari keputusan sebulat suara yang dibuat kepimpinan PR berhubung beberapa isu.

Mat Sabu, ahli PAS selama 37 tahun dan pernah menjadi ahli Parlimen selama 3 penggal di bawah tiket parti itu berkata, patah hatinya melihat PAS berubah hala tuju, walaupun beliau tidak berkata akan keluar parti.

“Sudah tentu saya kecewa. Ini parti saya, darah daging saya... terlalu banyak yang diusahakan untuk parti. Bukan mudah untuk meninggalkan parti, walaupun ini satu keadaan yang ganjil,” katanya.

Pengakhiran PR bermula dengan usul yang diterima dalam muktamar tahunan PAS awal bulan ini, yang hasilnya memutuskan hubungan dengan DAP, pihak yang bertelingkah dengan Hadi dan beberapa pemimpin konservatif lain.

Kini ada kemungkinan pemimpin progresif PAS yang digulingkan membentuk parti mereka sendiri, tetapi Mat Sabu berkata masih terlalu awal untuk bercakap lebih banyak mengenai idea itu.

“Kita perlu berbincang lagi sama ada kita akan perlukan parti baharu atau kita boleh cari cara untuk memulihkan ahli PAS... baik pulih semuanya.

“Walau apa pun, parti itu perlu berasaskan Islam kerana hanya dengan itu kita boleh menarik umat Islam untuk menyokongnya,” katanya, sambil menambah, parti dengan asas Islam tidak akan ditolak bukan Islam.

Ini kerana PAS berjaya menawan sokongan bukan Islam dengan slogan “PAS untuk semua” yang digunakan pada pilihan raya umum 2013. Konsep negara berkebajikan juga menerima sokongan daripada bukan Islam, kata Mohamad.

“PAS diterima masyarakat Cina. Kita pernah nampak orang Cina pakai kemeja T dengan logo PAS pada masa itu.

“Islam bukan masalah. Masalahnya ialah cara pemikiran pemimpin (PAS),” katanya.

Jika satu parti baharu dibentuk barisan pemimpin sepertinya yang tersingkir daripada kepimpinan PAS, Mat Sabu berkata ia akan meneruskan cita-cita yang kini diabaikan parti Islam itu.

Cita-cita itu ialah untuk memperjuangkan nilai seperti keharmonian pelbagai bangsa, tadbir urus yang baik dan kerajaan yang bersih.

“Lihat ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Mereka yang bercakap mengenai rasuah, tadbir urus kerajaan yang baik dan nilai adalah orang seperti (Ahli Parlimen Parit Buntar) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, (Ahli Parlimen Shah Alam) Khalid Samad, (Ahli Parlimen Sepang) Hanipa dan beberapa lagi yang seperti mereka,” katanya.

Semua nama disebutkan itu turut kalah dalam pemilihan parti.

“Tadbir urus kerajaan yang baik, memerangi rasuah, menepati masa, memastikan bandar kita bersih, semua itu Islamik. Tetapi mereka yang kononnya ulama kelihatan lemah dalam mengendalikan perkara seumpama itu.

“Nilai dan amalan itu bukan keutamaan pemimpin PAS sekarang. Semua itu menggambarkan cara pemikiran mereka,” katanya. – The Malaysian Insider/20 Jun, 2015.

, , , , ,

Ahmad Awang Pertimbang Saman Hadi Kerana Dakwaan Calon DAP


Calon presiden PAS yang tewas, Ahmad Awang, sedang mengkaji tindakan undang-undang ke atas pihak yang memfitnah beliau sepanjang kempen pemilihan baru-baru ini, termasuk presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Katanya, beliau tidak kesal kecundang dalam pemilihan itu kerana ia adat pertandingan namun fitnah yang dilemparkan kepadanya dan pihak lain menyebabkan perpecahan besar berlaku dalam PAS. 

"Saya sedang kaji tindakan itu (saman), termasuk presiden yang menuduh saya sebagai calon DAP," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider. 

"Ini (fitnah) saya tidak boleh terima dan saya akan bersihkan nama baik saya," katanya yang tewas dalam pemilihan itu awal bulan ini apabila hanya mendapat kira-kira 25% sahaja dari keseluruhan jumlah undi. 

Menjelang pemilihan pada muktamar tahunan ke-61 parti itu di Kuala Selangor, Hadi dalam satu kenyataannya yang disebarkan melalui video mendakwa, pertandingan itu antara calon pilihan DAP dan calon pilihan PAS. 

"Boleh pilihlah antara yang DAP hendak atau yang kita (PAS) hendak,"katanya dalam rakaman video yang disebarkan secara meluas melalui media sosial khasnya di kalangan perwakilan muktamar itu. 

Semasa pemilihan pula, 'cai' atau senarai calon kumpulan pro beliau disebarkan di kalangan perwakilan yang sedang berbaris untuk mengundi. 

Dalam pemilihan itu, kumpulan pro-Hadi menyapu bersih jawatan dalam PAS Pusat, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat manakala calon Dewan Ulama dimenangi tanpa bertanding. 

Hanya Mazlan Aliman, calon yang tidak tersenarai dalam cai pro-Hadi itu, memenangi jawatan ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, namun meletakkan jawatan kira-kira seminggu selepas itu. 

Selain Ahmad, bekas bendahari dan juga pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi juga turut mengkaji mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang membuat fitnah terhadapnya. 

Asmuni, seorang peguam dan pernah mewakili Hadi dalam kes saman RM2 juta oleh bekas calon PKR Bukit Besi menyatakan perkara ini melalui satu posting dalam Facebook beliau sebaik sahaja selesai muktamar PAS tersebut. -The Malaysian Insider/20/6/15


, ,

'Ustaz Muda' Pengaruh Hadi Jadi Tertutup


Kemasukan kumpulan ustaz muda ke dalam PAS mengubah sikap Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi lebih tertutup kata anak lelaki bekas presiden PAS Muhammad Faiz Fadzil.

Kata Faiz, golongan tersebut menyertai dan aktif dalam PAS selepas wujud kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.

Mereka, katanya, kemudian memencilkan perjuangan Islam PAS hanya kepada isu hudud sahaja.


"Kebiasaannya mereka memegang jawatan dalam PAS dan mula menyingkir golongan profesional dengan melancarkan pelbagai isu, seperti menolak DAP dan pada masa sama, mengabaikan slogan PAS for All (PAS untuk semua).

"Golongan ini melihat islam terhad kepada hudud saja semata-mata dan manu pecahkan pakatan rakyat," katanya di forum anjuran Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan semalam.

Forum itu turut dihadiri Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Low Chee Chong dan penganalisis Lim Hong Siang.

Faiz berkata beliau melihat perubahan strategi politik Abdul Hadi yang dulu terbuka kini tertutup ekoran pengaruh gelombang ustaz muda dalam PAS.

Faiz Fadzil berkata demikian sebagai menjawab soalan diajukan Timbalan Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan Lau Chee Boon.

Panggil Abdul Hadi berdialog

Kata Lau, pihaknya pernah berdialog dengan Abdul Hadi sebelum pilihan raya umum 2013 dan Abdul Hadi kelihatan berfikiran terbuka ketika itu.

"Mengapakah pendirian Abdul Hadi boleh bertukar begitu cepat? Sebelum 505 (tarikh pilihan raya umum ke-13), dia memang berfikiran terbuka. Dia kata PAS mempertegaskan perjuangan negara berkebajikan.

"Saya sangat hairan, selepas pilihan raya, dia tukar begitu cepat. Dia berdegil nak melaksanakan hudud," katanya.


Faiz berkata Abdul Hadi perlu diajak berdialog bagi mendapatkan penjelasan mengenai perubahan sikap berkenaan.

"Kita kena panggil Abdul Hadi berdialog lagi untuk tanya, sebab saya pun mahu tanya dia," kata Faiz.

Sementara itu Teo (kiri) berpendapat sikap Abdul Hadi bertukar berikutan pergolakan dalaman UMNO.

"Semasa video (Timbalan Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin tersebar, saya tahu inilah sebab mengapa Hadi Awang bertukar sikap.

"Jika orang nombor dua ini membawa sebilangan ahli keluar dari UMNO, mereka yang pro-UMNO atau prokerajaan perpaduan mungkin dapat mengisi jawatan kosong tersebut," dakwa Teo.

Video dimaksudkan Teo adalah rakaman ucapan tertutup Muhyiddin mengenai isu 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. -Malaysia Kini/20/6/15


,

"Tuan-tuan mahu parti baru?" - Anak Fadzil Noor


Anak bekas presiden Pas, Faiz Fadzil berjanji untuk 'membawa' gemuruh tepukan hadirin dalam majlis forum malam tadi kepada Mohamad Sabu sebagai salah satu input sebelum keputusan mengenai pembentukan parti baru dibuat.

"Tuan-tuan masih mahu PAS? Kalau tak mahu, buka parti baru," katanya.

Sebaik saja ungkapan itu diajukan, hadirin membalasnya dengan tepukan yang gemuruh.

"Kalau tuan-tuan nak parti baru, kita akan bincangkan. Tepukan malam ini saya kena lapor kepada Abang Mat (Mohamad Sabu)," katanya sambil ketawa.


Bagaimanapun, tanpa menjeaskan butiran lanjut, Faiz berkata, beliau akan membawa 'tepukan' itu kepada "pemimpin" kumpulan profesional yang disingkirkan perwakilan dalam muktamar PAS lalu, iatu Mohamad Sabu.

Faiz bercakap dalam forum Apa Selepas Muktamar PAS di Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan malam tadi.

Turut hadir, Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong, pemimpin PKR Low Chee Chong dan penganalisis Lim Hong Siang.

Faiz yang turut gagal dalam cubaannya menempatkan diri dalam Jawatankuasa Pemuda PAS berkata kegagalan pemimpin PAS, DAP dan PKR menangani isu Pakatan Rakyat telah membawa kepada perpecahan gabungan itu.

"Saya tidak nafi isu (putus hubungan dengan DAP) dibawa oleh PAS. Kita ada Majlis Presiden tetapi ia tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga memecahkan Pakatan Rakyat," katanya.

Walaupun Pakatan dikatakan berkubur, Faiz berkata, pakatan pembangkang masih hidup malah beliau percaya satu gabungan baru mungkin ditubuhkan selepas ini. - Malaysia Kini/20/6/15

, ,

Umno Bantu Ulama dalam PAS - Mat Sabu


Kemenangan kumpulan ulama koservatif dalam barisan kepimpinan PAS dipengaruhi Umno, kata bekas timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu.

"Semua agensi media pro-Umno seperti Utusan Malaysia, TV3 dan Bernama memberi keutamaan laporan kepada golongan ulama menjelang pemilihan parti," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di Butterworth.


Kata Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, media Umno bertungkus lumus berkempen untuk kepimpinan barisan baru (ulama), manakala kumpulan profesional atau yang pro-Pakatan Rakyat tidak diendahkan.

"Ini jelas menunjukkan pusat strategi Umno terlibat secara aktif dalam pemilihan PAS," ujarnya.

Mohamad adalah seorang daripada 'korban' kumpulan ulama konservatif yang menguasai semua peringkat kepimpinan parti itu selepas PAS mengadakan muktamarnya dua minggu lalu.

Turut senasib dengan Mohamad ialah Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, Khalid Samad (Shah Alam) dan Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Meraka adalah antara pemimpin yang menggerakkan perjuangan PAS sejak 2008 tetapi ditenggelamkan oleh kumpulan ulama konservatif di Kuala Selangor awal bulan ini.

"Ini adalah barisan pemimpin yang aktif, terkenal dan sering dijemput untuk menghadiri ceramah, forum, malah menghadiri majlis dialog gereja, yang dianjurkan oleh orang bukan Islam atau Pakatan," katanya.-Malaysia Kini/20/6/15


, ,

Jumaat, 19 Jun 2015

Bukan Islam Tidak Akan Menyokong PAS Lagi - Mat Sabu


Mohamad Sabu adalah antara pemimpin paling popular PAS di luar parti dan di kalangan orang bukan Islam. Beliau dipinggirkan partinya selepas gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden pada pemilihan baru-baru ini. Dalam bahagian pertama temubual bersamanya, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bimbang kehilangan kepercayaan sokongan pengundi bukan Islam yang selama ini menyokong parti Islam itu.

Biarpun beliau diundi semula ke dalam kepimpinan parti, PAS tidak akan mendapat kembali sokongan orang bukan Islam, kata bekas timbalan presidennya, Mohamad Sabu.

Lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan popular di kalangan bukan Islam, beliau memberitahu betapa sukarnya beliau berusaha memujuk ahli akar umbi PAS keluar dan berhimpun dengan bukan Islam dalam demonstrasi anjuran kumpulan reformasi pilihan raya Bersih.

Bagi Mat Sabu, masa depan adalah suram bagi parti itu, yang memegang ideologi agama yang menyumbang kepada kejatuhan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, buat masa ini tiada lagi jalan penyelesaian bagi PAS mendapatkan semula sokongan orang bukan Islam.

"Orang bukan Islam yang kecewa dan patah hati terhadap semua keadaan ini.

"Tambahan pula, PAS kini dipimpin oleh tokoh dari Pantai Timur, yang jarang bersemuka dengan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama," katanya kepada The Malaysian Insider.

Mat Sabu berkata, pemimpin Pantai Timur dari Kelantan dan Terengganu mungkin berfikir mereka tidak memerlukan sokongan bukan Islam kerana mereka hanya berinteraksi dengan orang Melayu setiap hari.

"Mereka tidak akan merasa seperti apa yang kita lakukan di sini di Pulau Pinang dan Selangor. Pemimpin Kelantan juga berkata adalah bagus melakukannya tanpa PR kerana mereka membuat penilaian berdasarkan lokasi mereka sendiri.

"Mereka boleh menang di kawasan mereka tetapi bagaimana pula Selangor, Melaka dan Johor? Di Kedah, terdapat juga kawasan Parlimen di mana undi bukan Islam membentuk kira-kira 40%," katanya.

Mat Sabu berkata pemimpin PAS tidak realistik jika mereka fikir parti boleh bergerak sendirian pilihan raya umum.

"Dalam pilihan raya, anda mesti mempunyai gabungan, melainkan jika anda hanya mahu menjadi parti serantau di Kelantan dan Terengganu.

"Ini semua sudah terkebelakang," katanya.

Katanya, ketika perhimpunan Bersih pertama kali dirancang pada 2007, beliau mengambil masa hampir setahun mengajak ahli PAS mengambil bahagian dan menyertai kaum lain dalam demonstrasi itu.


Mohamad Sabu gagal mempertahankan semula kedudukannya pada muktamar PAS awal bulan ini, yang menyaksikan golongan pro-Hadi menyapu bersih jawatan parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Jun, 2015.


Kejayaan perhimpunan tersebut, katanya, menyumbang kepada kemenangan pembangkang di 5 buah negeri - Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan - dalam pilihan raya umum 2008.

"Sekarang ini, imej berbilang kaum yang kami bina sudah hilang. Saya berasa sedih. Biarkan kepimpian PAS yang ada sekarang cuba mengumpulkan orang ramai daripada pelbagai kaum sekarang.

"Ulama dalam PAS mula menganjurkan perhimpunan anti-GST (cukai barangan dan perkhidmatan) tetapi himpunan itu hanya dihadiri oleh orang mereka sendiri. GST memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Anda perlu melibatkan semua orang.

"Ini adalah apa yang kita lihat. Jika PAS kembali kepada suatu parti serantau, ia akan menjadi lebih kuat. Tetapi apabila pilihan raya datang, ia menjadi perkara yang lain," katanya.

Mat Sabu berkata, walaupun ketika ini PR sudah mati, Barisan Nasional (BN) masih boleh tumbang tidak kira jika ada PAS atau tidak.

Ini kerana, rakyat terutama generasi muda, menolak parti pemerintah.

Beliau berkata PAS perlu berhati-hati cubaan untuk bersama dengan Umno kerana ini hanya akan menghancurkan parti.

"Jika PAS mahu bekerjasama dengan Umno, ia juga akan mengundang perkara yang sama. Orang ramai cuma tidak mahukan BN atau Umno.

"Lihatlah pilihan raya kecil Permatang Pauh bulan lepas. Di semua saluran, peratusan undi untuk PKR dalam kalangan belia meningkat. Ini bukan kerana mereka adalah ahli PKR. Mereka hanya tidak menyokong Umno."

PR "secara rasmi berkubur" selepas PKR bersetuju dengan DAP yang pakatan itu tidak lagi wujud.

Ia berakhir berikutan kepimpinan PAS yang kini dikuasai golongan konservatif, diketuai presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menerima usul tanpa bahas memutuskan hubungan dengan DAP.

Hubungan DAP-PAS mula rapuh tahun lepas sejak kemelut menteri besar Selangor dan bertambah buruk selepas PAS membentang dan meluluskan rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di negeri itu.

Kemelut itu akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila PAS menetapkan pendiriannya melalui usul tanpa bahas dalam muktamar parti itu baru-baru ini bagi memutuskan hubungan dengan DAP. - The Malaysian Insider/19 Jun, 2015.

, ,

Hadi Kena Main dengan Umno Isu Hudud - Kit Siang



DAP berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini dipermainkan Umno apabila usahanya membawa rang undang-undang persendirian hudud ke Parlimen tidak mendapat sokongan parti Melayu itu.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, sama ada Umno tidak mempunyai niat atau kebolehan bagi menunjukkan sokongan di peringkat Parlimen, 48 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak tidak akan digunakan untuk tujuan itu.

"Kemunculan rang undang-undang persendirian melaksanakan hudud dalam aturan mesyuarat Parlimen dua hari lalu menunjukkan Hadi diberi ganjaran kerana menukar arah politik di mana Umno sangat dihormati manakala DAP disetankan dengan bahasa kasar di muktamar.

"48 ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak bukan saja mengundang risiko kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri tetapi survival perpaduan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini berkata Putrajaya enggan menyatakan pendirian mereka tentang pelaksanaan hudud di Kelantan selepas Rang Undang-undang Persendirian itu muncul dalam aturan mesyuarat.

"Itu bukan pendirian kerajaan. Jerai akan memberikan jawapan tentang pendirian kami," katanya merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Shahidan menjawab soalan Ketua Whip PAS, Datuk Mahfuz Omar yang menyimpulkan Putrajaya tidak mahu menyokong undang-undang jenayah Islam selepas mendapatkan penjelasan daripada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengapa usul itu hanya muncul dalam Kertas Arahan semalam walaupun sudah dihantar beberapa minggu lalu.

Lim berkata walaupun Pakatan Rakyat (PR) sudah berakhir, DAP akan meneruskan kerjasama dengan parti politik yang mempunyai prinsip merealisasikan "impian Malaysia".

Katanya, tiada apa yang perlu disedihkan dengan ketiadaan PR kerana impian Malaysia seperti perpaduan, keadilan dan maruah perlu direalisasikan.

"Kami di DAP tidak akan bekerjasama dengan pemimpin PAS yang melanggar Dasar Bersama PR.

"Tetapi kami bersedia bekerja dengan entiti politik dan rakyat yang komited kepada dasar Dasar Bersama termasuk ahli PAS di pelbagai peringkat yang tidak menolak atau meninggalkan Dasar Bersama PR," katanya. – The Malaysian Insider/ 18 Jun, 2015.












,

Sidang Dewan Rakyat Ditangguhkan, Lulus 9 Rang Undang-undang, Tanpa Bentang RUU Persendirian Hudud



Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-13 yang bersidang sejak 18 Mei lepas ditangguhkan hari ini ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Pada persidangan kali ini, Dewan Rakyat meluluskan satu rang undang-undang baharu iaitu Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan 2015.

Sementara lapan lagi membabitkan pindaan akta iaitu Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2015 , Rang Undang-undang Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015 dan Rang Undang-undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2015.

Rang Undang-undang Penerbangan Awam (Pindaan) 2015, Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2015, Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2015, Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2015 dan Rang Undang-undang Angkatan Tentera (Pindaan) 2015.

Empat rang undang-undang yang dijadual dibentang untuk bacaan kali kedua pada persidangan Dewan Rakyat kali ini ditangguh dan dibawa ke persidangan akan datang.

Rang undang-undang berkenaan ialah Rang Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015, Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015, Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2015, Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2014.

Persidangan Dewan Rakyat turut meluluskan usul Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 21 Mei lepas tanpa sebarang pindaan pada 12.54 pagi Selasa lepas.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang mengumumkan penangguhan mesyuarat itu merakamkan ucapan terima kasih kepada anggota Parlimen yang memberi kerjasama bagi memastikan kelancaran perjalanan mesyuarat kali ini. – Bernama, 18 Jun, 2015.



Khamis, 18 Jun 2015

Putrajaya Enggan Berikan Komitmen Sokong Hudud PAS



Putrajaya enggan menyatakan pendirian mereka tentang pelaksanaan hudud di Kelantan selepas Rang Undang-undang Persendirian presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Mahkamah Syariah muncul dalam kertas arahan Parlimen semalam.

"Itu bukan pendirian kerajaan. Jerai akan memberikan jawapan tentang pendirian kami," kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim merujuk kepada rakannya Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Shahidan menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang menyimpulkan Putrajaya tidak mahu menyokong undang-undang jenayah Islam selepas mendapatkan penjelasan daripada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengapa usul itu hanya muncul dalam Kertas Arahan semalam walaupun sudah dihantar beberapa minggu lalu.

Pandikar meningatkan Mahfuz beliau pernah bermesyuarat dengannya bersama Hadi, dan Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan di pejabatnya, dan sudah memberikan pendiriannya berhubung isu hudud.

"Oleh kerana anda bertanya, usul dibawa Marang memenuhi syarat-syarat untuk Standing Order dan sebab itulah saya masukkan dalam kertas arahan," katanya merujuk kepada Hadi.

"Akan tetapi Standing Order juga mengatakan urusan kerajaan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum ianya boleh didebatkan, kecuali diusulkan kerajaan sendiri."

Mahfuz kemudiannya berterima kasih kepada Pandikar kerana memberi jawapan kerajaan tidak bersedia menyokong rang undang-undang tersebut, menyebabkan Pandikar marah.

"Saya tidak cakap itu, itu tafsiran Yang Berhormat, jangan heret saya ke dalam agenda politik Yang Berhormat," katanya.

Rang undang-undang diusulkan Hadi berada dalam senarai untuk didebatkan di sidang Dewan Rakyat yang berakhir hari ini.

Tidak kelihatan peluang ia didebatkan kerana masih terdapat 11 rang undang-undang kerajaan termasuk 14 lagi usul daripada ahli Parlimen.

Mengikut konvensyen, urusan kerajaan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum rang undang-undang lain diberikan laluan. – The Malaysian Insider/18 Jun, 2015.


P/s: Lebai malang tertipu lagi.


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH