Adakah Ini Punca FAIRUS Melompat Parti?
Rupa-rupanya desas-desus aktiviti melompat secara beramai-ramai sebelum dan selepas Tahun Baru Cina akhirnya menjadi kenyataan, jika sebelum ini anggaran yang dibuat sekitar 4 orang, hari ini bekas orang kuat PKR Datuk Salehuddin Hashim mendakwa 10 orang MP PKR akan melompat. Menurut TMI, 5 lagi MP PKR dijangka akan melompat parti. Kita tunggu dan lihat.
UNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 1 Mac 2010
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) perlu mengucap syukur ke Hadrat Allah (SWT) kerana Fairus Khairuddin akhirnya meninggalkan Parti. Sejak beliau menyertai Kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti.
Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan. Apabila berhenti, beliau menuntut supaya Parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya. Tidak ada sebab bagi Parti melayan tuntutan itu. Lagipun Parti tidak mampu berbuat demikian.
Atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati memberikannya “kerja” dengan bayaran bulanan sebanyak RM4000. Beliau tidak puas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan Parti. Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin Umno yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu.
Fairuz memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya. Sangat memalukan. Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar.
DR. SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden, KEADILAN
Berkaitan:
* Geng 4 Keluar PKR - Zahrain Sudah Umum!
penat je la..orang2 PKR backup die yang dia nak berhenti jadi ADUN sbb nak belajar... aku rasa betul la die ni korup gak.. dah tu kene tembak ngn UMNO..anjing tersepit la die ni.. hahaha
Comment by Tanpa Nama @ Isnin, Mac 01, 2010 2:25:00 PTGKomen dari Dr Syed Husin Ali
Comment by hj jamaludin @ Isnin, Mac 01, 2010 3:33:00 PTG""Apabila berhenti, beliau menuntut supaya Parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya. Tidak ada sebab bagi ""
So apa lagi yang di tunggu lagi Fairus pasang Lawyer sue Dr Syed Husin Ali kerana buat kenyataan palsu dan hina . Apa dia ( DR syed )ingat kau (Fairus)sengkek ke ? Kau bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang . Saman Dr Syed Husin Ali , jangan tak saman kerana kau ( Fairus )da tak ada income bulanan kerana kau ( Fairus ) da letak jawatan . Apa yang kau tunggu , tunjukkan kejantanan kemelayuan kau .
salam,
Comment by Unknown @ Isnin, Mac 01, 2010 3:40:00 PTGhaji jamaluddin saya setuju pendapat haji, kalau tak betul saman saja Syed Husin. kalau betul, senyap sajalah...