Alahai MP Bayan Baru & Siapa MP "Katak" Melompat Kerana Hutang RM1.8 Juta?
Sekali lagi, alahai MP Bayan Baru (Bayan Baru). Niat hendak "menelanjangkan" orang, tetapi diri pula "ditelanjangbulatkan" oleh orang lain.
Sebaik sahaja pertama kali menjejakkan kaki ke Parlimen sebagai MP "Katak", Bayan Baru mendedahkan projek yang dikatakan "Projek 16 September". Selain menyatakan kekecewaan kerana terpedaya oleh projek itu, dia mendedahkan:
"Pembohongan" 16 September 2008
* Mendakwa Yang di-Pertuan Agong menunggu di istana untuk pengesahan jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti.
* Yang di-Pertuan Agong merestui Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
* Jumlah Ahli Parlimen BN melompat parti sudah mencukupi bagi membolehkan pakatan pembangkang membentuk kerajaan.
* Timbalan Speaker Dewan Rakyat akan mempengerusikan usul undi tidak percaya terhadap BN dan menyokong pakatan pembangkang ambil alih kerajaan.
* Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga memberi sokongan kepada pakatan pembangkang.
Timbul pula persoalan, mengapa selepas dua tahun baru Bayan Baru berasa kecewa/berasa terpedaya oleh "Projek 16 September", mengapa dia tidak meninggalkan PKR sejak dahulu lagi, bukannya selepas tersebarnya cerita tentang permohonannya untuk menjadi CEO ditolak (salah satu cerita berkaitan: CEO Kumpulan Peransang Selangor), tender ditolak ( tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort), dan sebagainya? Selepas menjadi MP "katak", timbul pula cerita: Apa Khabar Zahrain di London?
Susulan daripada pendedahan Bayan Baru di Parlimen, Raja Petra dalam blognya menyatakan bahawa Bayan Baru tidak bercakap "habis"/tidak menceritakan hal sebenar. Antara tulisannya dalam kiriman itu termasuklah:
As I said, Zahrain did not totally lie. And the fact that Zahrain raised this matter in Parliament makes the allegation very serious. You do not lie in Parliament. So Zahrain did not lie. He just left out many other facts in his statement in Parliament today.
It is true the opposition had been told -- or at least some of us had been told -- that the military and the Agong were on ‘stand by’ to swear in the new government. Abdullah Ahmad Badawi was supposed to have been ousted back in 2008 and a new man was supposed to take over as Prime Minister of Malaysia.
But this new Prime Minister was not supposed to be Anwar. It was going to be another person, an Umno man. And this Umno man is not Najib. It was going to be some other person. And Zahrain, of course, knows this, although he did not say so in Parliament today....
Saifuddin pula mencabar Bayan Baru mendedahkan identiti Timbalan Speaker yang dimaksudkannya:
"Saya cabar Zahrain namakan siapa Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu. Cuma ada dua Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee. Zahrain boleh tanya kedua-duanya, siapa yang telah berpakat dengan Anwar."
ATM pula menafikan dakwaan Bayan Baru:
Bekas Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal hari ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyokong usaha pembentukan kerajaan baru yang dirancang pada 16 September 2008 dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.
Beliau menyifatkan dakyah seperti itu bertujuan menarik hati rakyat supaya menyokong ketua pembangkang tersebut.
"Kita (ATM) tahu Barisan Nasional (BN) memang mendapat sokongan rakyat pada ketika itu dan itu hanya komplot pembangkang untuk memenangi hati rakyat," katanya kepada pemberita selepas perasmian bangunan baru Zetro Centre of Excellence di Subang dekat sini.
Sebaliknya, Bayan Baru terus "dibantai". Selain cerita kekecewaan kerana tidak berjaya menjawat jawatan CEO, tender mengurus kelab golf ditolak, dia turut didakwa meminta anugerah "Datuk Seri" daripada pemimpin "cauvanis/komunis" seperti yang dilabelkan olehnya berulang-ulang kali sebelum "melompat" menjadi bebas.
Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasuition mendedahkan Zahrain pernah mempengerusikan mesyuarat di Pulau Pinang yang dihadiri semua wakil rakyat negeri itu dan mengambil ketetapan untuk tidak meminta atau menerima apa- apa gelaran.Malu, bro! Bayan Baru kemudiannya mendedahkan lapan nama MP yang didakwanya akan melompat parti serta Timbalan Speaker yang akan berpihak kepada Pakatan Rakyat. Dia mendedahkan nama MP tersebut tanpa menyatakan nama Timbalan Speaker yang dimaksudkannya:
Namun dalam diam, bekas Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pulau Pinang itu menulis surat kepada Lim Guan Eng meminta gelaran ‘Datuk Seri’ biarpun kini mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai komunis.
“Semasa Zahrain mempengerusikan mesyuarat di Pulau Pinang, mesyuarat memutuskan semua wakil rakyat Pulau Pinang tidak akan menerima apa-apa gelaran Datuk walaupun ditawarkan.
“Apa yang dia (Zahrain) buat selepas itu? Dia menulis pada Ketua Menteri meminta gelaran tersebut,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Setiausaha Agung PKR itu melabel Zahrain sebagai seorang yang hipokrit dan kini berperanan sebagai tentera baru Umno dan mengibaratkan kecaman Zahrain sebagai ‘menepuk air di dulang, akhirnya terpercik ke muka sendiri’.
Beliau mendakwa mereka Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar). Nama lain yang disebut ialah Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut), Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang), katanya menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini. Zahrain juga mendakwa seorang timbalan speaker juga dikatakan akan menyertai PKR. Kenyataan itu menyebabkan timbalan speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mencelah bertanya "Timbalan Speaker yang mana (Zahrain maksudkan)?" menyebabkan Dewan diselubungi gelak ketawa ahli Parlimen.
Ku Li yang turut disenaraikan oleh Bayan Baru sebagai salah seorang MP yang dikatakan akan menyeberang ke Pakatan Rakyat dengan sinis menjawab:
“Itu tidak betul,” kata beliau ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim semalam yang mendedahkan nama lapan Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan melompat ke PKR bagi menjayakan rancangan PR untuk mengambil alih kerajaan pusat ketika itu.
“Kalau saya nak masuk mana-mana parti, tak tunggu dia isytiharlah, saya ini orang jantan,”
Jika Ku Li anak jantan, Bayan Baru anak apa? MP-MP yang lain masih belum bersuara untuk menafikan dakwaan Bayan Baru.
Alahai Bayan Baru... niat hendak jadi "superhero" baru akhirnya dilabelkan sebagai "Attack Dog". Apa lagi selepas ini?
Kebetulan pula, sebelum solat Jumaat tadi, MSO melalui blognya menyiarkan dakwaan tentang salah seorang MP "katak" yang terpaksa melompat kerana menanggung hutang sebanyak RM1.8 juta. Antara isi kiriman itu:
SALAH seorang dari tujuh ahli parlimen yang telah mencuri simbol parti kemudian mengistyharkan dirinya sebagai bebas profesioanl khabarnya sedang pening untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM1.8 juta. Hutang berkenaan berhubung dengan perniagaanya yang tidak menjadi di luar negara, Australia.
Ali parlimen berkenaan telah berkongsi dengan seorang kawannya bernama Datuk I. Mulanya perniagaan mereka di Australia itu berjalan dengan lancar. Entah bagaimana separuh jalan - beberapa tahun ke belakangan ini perniagan berkenana merosot dan mengalami kerugian.
Datuk I katanya meminta ahli parlimen berkenaan berusaha untuk membayar hutang kalau tidak mereka akan bankrup dan harta benda yang ada di Australia akan dilelong. Dipercayai ahli parlimen berkenaan memilik sebuah rumah di Australia.
Dipendekan cerita ahli parlimen itu berusaha dengan apa cara untuk dapatkan wang bagi menjelaskan hutang berkenaan. Dia ini sanggup lakukan apa saya usaha asalkan dapat wang sebanyak itu bagi menjelaskan hutang. Tekanan dari Datuk I menyebakan ahli parlimen berkenaan semakin pening kepala dan akhirnya mengambil keputusan yang diluar dugaan walaupun mencemarkan maruahnya sendiri....
SIAPAKAH GERANGAN MP ITU?
dasar umno dan keturunan melayu tak boleh pakai selagi tak berpaksi pd islam,kalau dia ni hidup zaman nabi tak tau dia nak berpatah balik ke mana...suka sangat nak lompat ...lompatlah berpaut pd perjuangan islam...berkawan dgn tuan2 guru tapi kami ni duit tak dapat nak bagi...ilmu adalah,
Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, Mac 19, 2010 8:01:00 PTG