Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Rabu, 24 Mac 2010

PANAS: Selepas BAYAN BARU, Giliran MP KULIM Pula "Menyerang"...


"Panas"!!! Saya dengan sengaja menggunakan perkataan itu kerana banyak blog pro-BN menggunakan perkataan itu. Apa yang "panas"? Kata MP Kulim di Dewan Rakyat seperti yang disiarkan oleh Agenda Daily:

Zulkifli terus memanaskan suasana dewan bila mendedahkan beliau pernah diminta membuat akuan bersumpah kaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya.

Dakwanya beliau menerima tawaran yang boleh goyahkan iman untuk tujuan itu.
Menurut Zulkfili,semua fitnah ini gara-gara akuan bersumpah penyiasat persendirian K.Balasubramanian yang ambil kesempatan dengan syaitan bertopengkan manusia.
"Saya adalah antara peguam yang kendali kes Altantuya. Apa ditohmah Bala tidak pernah dibangkit di makhamah. Kenyataan Bala pada polis juga tidak bangkitkan soal ini," katanya sambil menyelar segelintir pemimpin Islam yang boleh terima pengakuan Bala hanya kerana syak wasangka dan akuan yang dicop pesuruhjaya sumpah.
"Tak kan orang seperti Bala boleh diterima fitnahnya tanpa usul periksa," katanya.
Zulkifli kemudian mendedahkan, beliau pernah diminta untuk babitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya.
"Saya diminta dapatkan pengakuan bersumpah dan diminta buat surat akuan bersumpah kaitkan PM dan isteri dengan ganjaran yang boleh goyahkan iman," katanya.

Lagi panas bila beliau jelaskan sebab tarik diri dari kes itu kerana tidak mahu terus terbabit dalam mainan fitnah.

Katanya beliau akan berjumpa dengan pihak terbabit untuk memohon maaf.

Beliau bersyukur Allah melindunginya dari terbabit dalam fitnah ini.

"Sebab itu saya menarik diri dari kes itu kerana adanya ganggguan dari pihak ketiga yang menyebabkan mustahil saya bertindak secara profesional sebagai peguam membela kes tersebut."katanya.

Beliau berkata lagi tidak mungkin orang yang dituduh (dua anggota polis) dalam kes Altantuya mahu ke tali gantung jika Perdana Menteri dan isteri terlibat.

"Saya cukup yakin pasti mereka akan dedahkan kalau ia benar,"katanya

MP Kulim mungkin terlupa "keluhan" OKT (kini pesalah) kes ini seperti yang disiarkan dalam Malaysia Kini:
"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam," kata Koperal Sirul Azhar Umar dengan nada suara yang sebak ketika memberi keterangan membela diri.
....
"Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya," katanya sambil dilihat mengesat linangan air mata.
....
"Sebelum saya mengakhiri kenyataan ini, saya ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah mengenali mangsa dalam kes ini dan tidak pernah mempunyai sebarang urusan peribadi mahupun sebaliknya dengan beliau.

"Saya juga tidak mengenali Abdul Razak dan tidak mempunyai sebarang urusan dengan beliau sebelum kes ini. Saya merayu kepada mahkamah ini untuk mengambil kira bahawa sepanjang perbicaraan ini, saya telah mengikuti prosiding ini dan menyaksikan bagaimana beberapa saksi penting pendakwaan terutamanya saksi dari D9 IPK (siasatan jenayah berat) yang mereka-reka cerita, tidak bercakap benar dan sentiasa berubah-ubah cerita mereka bila disoal balas.

"Saya melihat keadaan ini dengan keperihatinan kerana bagi saya tindakan mereka ini semata-mata bertujuan untuk mendapatkan sabitan terhadap saya," katanya.
....
Ape ke he nye yop? Itu saje kejutan mike? Ada kejutan yang lebih besor ke? Tak sabor teman nak dengor! Kejutan...kejutan juge, cabaran debat YB Khalid Samad bile mike nak sahut?

Berkaitan:


  1. Nampaknya Cik Zul dah termakan budi oleh orang-orang yang berkenaan sehingga akan meminta maaf secara peribadi. Mungkin ada la habuannya nanti ye.

    gravatar Comment by mahyuddin @ Rabu, Mac 24, 2010 3:15:00 PTG      
  2. dia kata nak tegak kan Islam.. nah sekarang sggup pulak bersekongkol dgn dengan "pembunuh". Maruah jenis apa manusia mcm ni.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Mac 24, 2010 8:22:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH