"Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-sorong". Kalau Saya, Malu!
![]() |
Gambar: Jack Ooi |
Datuk Mohd Khusrin Munawi seperti dilaporkan media dan diulas di blog mula menjalankan tugas sebagai SUK Selangor hari ini. Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula dijadualkan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada jam 11 pagi tadi di Istana Mestika, Shah Alam. Pertemuan itu dipercayai sebagai mencari jalan penyelesaian berkaitan dengan pelantikan Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor yang baharu.
Menurut Malaysia Kini, Khusrin tiba di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada jam 6.45 pagi ini. Beliau cuba mengelakkan diri daripada sekumpulan wartawan yang menunggunya di pintu masuk bangunan itu sejak awal pagi. Walaupun sudah memulakan tugas sebagai SUK, beliau dipercayai masih belum melaporkan diri kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Menurut Malaysia Kini, Khusrin tiba di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada jam 6.45 pagi ini. Beliau cuba mengelakkan diri daripada sekumpulan wartawan yang menunggunya di pintu masuk bangunan itu sejak awal pagi. Walaupun sudah memulakan tugas sebagai SUK, beliau dipercayai masih belum melaporkan diri kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Khusrin, 54, dipilih oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud, yang perkhidmatannya berakhir pada 31 Disember lalu. Pelantikan ini menjadi kontroversi kerana MB Selangor tidak diberitahu atau terlibat dalam pelantikan Khusrin sebagai SUK.Sebelum dinaikkan pangkat, Khusrin berkhidmat sebagai pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Semasa bertugas di Jais, Khusrin bertelagah dengan kerajaan negeri berkaitan dalam beberapa isu.
Sebagai menyindir polemik baru antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat, MB Selangor menimbulkan persoalan di laman Twitternya, "Bayangkan jika Perdana Menteri sendiri tidak terlibat atau dirujuk dalam lantikan Ketua Setiausaha Negara". Beliau menulis demikian untuk membandingkan lantikan SUK dengan KSN yang juga dilantik oleh pusat.
Bercakap tentang soal mengangkat sumpah, MB Selangor seperti yang dilaporkan di Sinar Harian menyatakan bahawa beliau tidak pasti sama ada akan turut serta dalam upacara itu Khamis ini. Katanya"Kita tidak tahu sama ada dia (Khusrin) akan angkat sumpah di hadapan saya atau tidak. Kita akan bincang pada (mesyuarat) Exco (kerajaan negeri). Tidak perlu ada spekulasi, saudara (pemberita) ikut sahaja drama (ini)."
P/s: Kalau saya malu jika orang seolah-olah menganggap diri seperti "hidung tak mancung pipi tersorong-sorong!
Berita Berkaitan:
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.