Ngeri: Polis Sahkan Bayi Dikerat Lapan Bukan Enam
JITRA: Polis mengesahkan mayat bayi perempuan yang ditemui di Kampung Manggol di sini dikerat pada lapan bahagian oleh ibunya sebelum dibuang dalam tangki tandas.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abdul Rahim Abdullah berkata bayi perempuan itu dikerat menggunakan senjata tajam di bahagian kepala, dada hadapan, bahagian belakang, abdomen bawah, kaki kanan dan kiri serta tangan kanan dan kiri.
Beliau berkata setakat ini polis telah menemui enam bahagian mayat bayi itu terapung dalam tangki tandas melibatkan kepala, dada hadapan, bahagian belakang, abdomen bawah, kaki kiri dan tangan kiri.
"Tangan dan kaki kanan mayat bayi itu masih belum ditemui. Suspek melakukan perbuatan itu seorang diri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini, Rabu.
Beliau berkata suspek berusia 31 tahun dari Kampung Tanjung, Mukim Binjal di sini melahirkan bayi itu pada usia kandungan lapan bulan dalam tandas di rumah datuknya.
Abdul Rahim berkata hasil bedah siasat oleh pihak hospital mendapati bayi perempuan yang dilahirkan itu telah mati ketika dilahirkan.
Beliau berkata suspek yang juga anak tunggal keluarganya kini ditahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar bagi menjalani rawatan lanjut.
Katanya pihaknya juga sedang mengenalpasti teman lelaki suspek untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, suspek akan ditahan reman selepas dibenarkan keluar dari hospital dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati anggota keluarga berada dalam keadaaan sedih dan enggan ditemuramah oleh media. -Bernama/Mstar/8/7/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.