[Video] Tiga Sebab Permit The Edge Digantung - KDN
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Jumaat menjelaskan tiga sebab penggantungan permit penerbitan 'The Edge Malaysia' dan 'The Edge Financial Daily' untuk tempoh tiga bulan bermula 27 Julai ini.
Pertama, tajuk dan cara pelaporan serta pemberitaan kedua-dua penerbitannya menimbulkan persoalan dan persepsi negatif kepada masyarakat terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang seterusnya berkait dengan kerajaan dan kepimpinan negara.
Kedua, laporan yang diterbitkan turut bersumberkan maklumat yang diragukan dan belum ditentukan kesahihannya, yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai dan boleh/mungkin memberi kemudaratan kepada ketenteraman awam dan kepentingan negara.
Ketiga, isu berkaitan 1MDB ini sedang disiasat oleh pasukan penyiasat yang telah ditubuhkan. Oleh itu, adalah tidak wajar pemberitaan yang boleh menimbulkan persepsi negatif yang dilakukan secara berterusan dan ia adalah tidak adil kepada syarikat 1MDB seterusnya kepada kerajaan dan kepada kepimpinan negara.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Alwi Ibrahim dalam kenyataan berkata penggantungan itu dibuat selepas KDN meneliti laporan berkaitan 1MDB dalam kedua-dua penerbitan tersebut dan jawapan surat tunjuk sebab yang telah dikemukakan.
"Kedua-dua penerbitan itu didapati mengandungi hasil penerbitan yang melanggar penerbitan Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 kerana mengandungi hasil penerbitan yang memudarat atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam atau mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara," katanya.
Alwi berkata media sewajarnya lebih bertanggungjawab dalam laporan yang diterbitkan selaras dengan kebebasan yang diberi.
"Impak kepada laporan yang tidak bertanggungjawab perlu diperhalusi kesannya kepada ketenteraman awam dan kepentingan negara dan tidak bersalahan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 2012)," katanya.
Penerbitan juga perlu dilaksana mengikut peraturan permit penerbitan yang berkuat kuasa, katanya. -Bernama/25/7/15
P/s: Adakah wajar digantung terus sedangkan laporan itu disertakan bukti? Buatlah macam mana pun, ramai rakyat Malaysia menyedari isu di balik penggantungan ini.
Bila PM nak saman WSJ/Dow Jones/The Edge?Sarawak Report dan media asing yang lain?
Reaksi Nazir Razak:
Reaksi Nazir Razak terhadap penggantungan permit The Edge
Dalam posting terbaru di laman Instagram, beliau berkata akhbar tersebut berperanan besar sebagai tunjang menyalurkan maklumat kepada komuniti perniagaan. - Foto Instagram Nazir Razak
KUALA LUMPUR: Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak hari ini menyifatkan akhbar The Edge Financial dan The Edge Weekly yang digantung permit penerbitannya buat sementara oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Jumaat, berperanan besar sebagai tunjang menyalurkan maklumat kepada komuniti perniagaan.
"The Edge adalah tunjang kepada komuniti perniagaan - peranan dalam memastikan kami mendapat maklumat, jujur dan kompetitif," kata Nazir dalam posting terbaru di laman Instagram.
Tambahnya, liputan akhbar berkenaan mengenai kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah luar biasa namun jika terdapat kesilapan, pihak terlibat perlu memperbetulkannya atau mengambil tindakan undang-undang.
Nazir mengulas penggantungan permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial selama tiga bulan oleh KDN.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika dihubungi Astro Awani mengesahkan penggantungan tersebut dibuat kerana penerbitan akhbar itu mempunyai motif-motif tertentu. -Awani/25/7/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.