Keluarga Resah Anak Gadis Lari Ikut Teman Lelaki 'Facebook' Ke Afrika Utara
Rebecca Arthur. Foto: Facebook RebeccaKUALA LUMPUR: Kebimbangan menghantui sebuah keluarga ekoran kehilangan anak gadis mereka selepas dia dilapor mengembara ke Afrika Utara secara rahsia untuk bertemu seorang lelaki yang dikenali melalui Facebook.
Rebecca Arthur, 17, disyaki berada dalam keadaan bahaya kerana menghilangkan diri sejak dia menaiki penerbangan ke Maghribi pada Selasa lalu.
Menurut pihak polis, mereka bimbang remaja itu mungkin merancang untuk bertemu dengan teman lelaki Facebooknya, seorang yang dikenali sebagai Simo El Adala.
Simo El Adala. Foto: Facebook Simo El Adala
Rebecca - yang berasal dari Connecticut, New England - dilapor mendarat di Casablanca selepas dihantar ibunya ke lapangan terbang antarabangsa JFK pada Isnin.
Menurut ibunya, Rebecca memberitahu yang dia ingin ke California untuk bertemu dengan kawannya. Tetapi, hakikatnya, anaknya itu telah menaiki penerbangan ke Morocco.
Motif untuk lawatan Rebecca masih belum jelas, tetapi polis mengesyaki dia telah berhasrat untuk bertemu dengan El Adala yang disenaraikan sebagai ‘in relationship’ (sedang menjalin hubungan) dengan Rebecca sejak Februari di Facebook.
Polis berkata: "Kami tidak tahu jika lelaki berkenaan adalah seseorang yang nyata."
Pihak FBI dan Keselamatan Dalam Negeri telah diminta untuk membantu polis tempatan mencari remaja yang berambut perang itu.
Remaja berkenaan dilaporkan hilang pada Rabu oleh ibunya selepas dia gagal untuk menghubungi Rebecca.-Astro Awani/10/7/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.