Kasanova Tipu 19 Wanita Diberkas
Seorang kasanova yang dipercayai memperdaya 19 wanita untuk menyerahkan wang dan barang kemas bernilai RM150,000 sejak dua tahun lepas berjaya ditahan polis, Selasa lepas.
Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di kediamannya di Taman Cahaya Alam, Shah Alam dan polis turut merampas barang kemas dan telefon bimbit milik mangsa dengan kesemuanya bernilai RM70,000.
Difahamkan, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak menggunakan beberapa nama samaran serta menggunakan 'ayat manis' untuk menjerat mangsa daripada laman sosial Facebook.
Suspek didakwa sering menabur janji manis untuk berkahwin dengan mangsa sebelum memujuk mangsa menyerahkan wang simpanan dan barang kemas dengan alasan mahu dibuat wang hantaran perkahwinan.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sharul Othman Mansor berkata suspek menyasarkan wanita berkarier dalam lingkungan umur 28 hingga 38 tahun sebagai mangsa.
"Selepas berkenalan menerusi Facebook selama dua hingga tiga minggu, suspek kemudian akan mengajak mangsa untuk berjumpa di hotel sekitar Brickfields," katanya pada sidang media semalam.
Beliau berkata sebaik sahaja mangsa menyerahkan wang simpanan dan barang kemas, mangsa akan dibawa berjumpa dengan 'ahli keluarga' suspek kononnya merancang untuk berkahwin.
Suspek juga dikatakan meminta mangsa meninggalkan barang peribadi dalam kereta dan apabila berjaya memperdayakan mangsa, suspek akan melarikan wang tunai dan barang-barang mangsa, katanya.
Sharul berkata polis menerima 19 laporan daripada mangsa yang diperdayakan suspek bermula Mac 2013 sehingga Jun 2015.
"Setakat ini, 10 mangsa berjaya mengecam suspek dan barang milik mereka. Kami juga akan memanggil baki mangsa yang terlibat untuk membantu siasatan dan mengecam barang milik mereka," katanya.
Suspek kini ditahan reman sehingga Isnin depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana memperdaya dan melarikan barang mangsa.
Dalam kes lain, seorang suspek lelaki berusia 33 tahun ditahan polis di Pantai Dalam di sini, Jumaat lepas, bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki, P Loganeswaran, 25, di Sri Kota, Brickfields, Khamis lepas.
Suspek dari Kuala Lumpur itu dan mangsa masing-masing mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah,' katanya.
Dalam kejadian pukul 5.45 pagi itu, mangsa maut akibat ditetak bertubi-tubi oleh tiga lelaki bersenjatakan parang.- Bernama/7/7/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.