Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Jumaat, 24 Julai 2015

'Jangan siar semula laporan Sarawak Report'



Pengarang portal berita dalam talian diingat agar tidak memaparkan semula bahan daripada The Sarawak Report yang telah disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

SKMM dalam kenyataannya berkata tindakan menyebarkan semula laporan yang dibuat portal yang telah disekat itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagi memastikan perkara itu difahami, SKMM telah mengadakan perjumpaan dengan pengarang-pengarang portal berita semalam dan telah mengingatkan mereka bahawa tindakan boleh diambil terhadap sebarang pemberitaan yang palsu atau tidak tepat.

Selain itu, tindakan juga boleh diambil terhadap penyebaran maklumat palsu yang boleh menggugat keamanan dan keharmonian sesebuah negara, terutamanya dari segi ekonomi dan keselamatan nasional, menurut kenyataan itu.

"Justeru, SKMM bertegas akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melaporkan sesuatu laporan yang palsu atau tidak tepat, ataupun menyebarkan maklumat yang belum ditentukan kesahihannya," menurut kenyataan itu.

SKMM turut melahirkan rasa kesal terhadap tindakan portal berita yang telah menggunakan tajuk utama dan artikel yang menyimpang daripada konteks sebenar berhubung kenyataan yang dibuat Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM Zulkarnain Mohd Yasin pada pertemuan itu semalam.

"Kenyataan (Zulkarnain) yang disiarkan dalam beberapa portal berita dalam talian, perlu dilihat dari konteks bahawa ia adalah siasatan berterusan yang dijalankan oleh polis dan Pasukan Petugas Khas dan bukannya pengesahan bahawa tidak ada bukti laporan The Sarawak Report adalah palsu.

"Dalam hal ini, tajuk-tajuk utama dan artikel oleh beberapa portal berita dalam talian berhubung isu ini adalah kurang tepat," menurut SKMM.

Antara pengarang dan wakil portal berita yang hadir terdiri daripada The Malaysian Insider, Malaysiakini, Digital News Asia, Astroawani.com, NST Online, Sinar Online, The Rakyat Post, Utusan Online, The Malaysian Reserve Online dan The Star Online.

Menurut SKMM, mereka telah dimaklumkan bahawa The Sarawak Report telah disekat oleh SKMM di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 setelah menerima aduan dan maklumat daripada orang awam. - Bernama/24/7/15


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH