[Video] Gadis Dirogol Kali Kedua Selepas Dijadikan Umpan Tangkap Perogol
INDIA – Malang berganda. Itu yang menimpa seorang remaja berusia 17 tahun apabila dia dirogol oleh dua lelaki yang sama, untuk kali kedua selepas polis menjadikan remaja itu sebagai umpan untuk menangkap penjenayah terbabit.
Dia dirogol kali kedua setelah anggota polis yang bertugas untuk menangkap penjenayah berkenaan gagal mengekori gadis berkenaan.
Menurut laporan media, gadis tersebut pertama kali dirogol pada 7 Julai lalu oleh dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an ketika dia sedang berjalan dengan teman lelakinya.
Selepas merogolnya di dalam hutan, penjenayah terbabit turut merakamkan aksi tersebut dan kemudian menggunakannya untuk mengugut gadis itu serta keluarganya.
Mereka kemudiannya membuat laporan polis dan polis telah meminta gadis itu untuk mengatur pertemuan dengan penjenayah terbabit.
Namun ketika gadis itu bertemu dengan perogol tersebut, polis tidak berada di situ menyebabkan dia sekali lagi diratah dua lelaki itu.
Perogol itu bagaimanapun berjaya ditahan di stesen keretapi beberapa jam kemudian manakala anggota polis terbabit telah digantung tugas.
Meskipun polis tersebut memberi alasan gadis itu tidak memberitahu mereka mengenai pertemuan terbabit, namun tindakan mereka menjadikan gadis bawah umur sebagai umpan untuk menangkap penjenayah adalah salah. – MYNEWSHUB.CC/14/7/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.