Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Rabu, 22 Julai 2015

Parti Harapan Baru Ditubuh 14 September Depan - Khalid Samad




Parti Gerakan Harapan Baharu (GHB) yang diuar-uarkan bakal menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang akan ditubuhkan pada 14 September depan, kata Khalid Samad, ahli jawatankuasa parti baharu itu.

Bekas pemimpin kanan PAS itu berkata tarikh itu dipilih bagi memberi peluang kepada PAS mengotakan janji parti itu yang mahu membetulkan kembali kesilapannya dalam tempoh 100 hari selepas bertindak memutuskan hubungan dengan DAP dalam pakatan pembangkang.

"Itu hari terakhir 100 hari iaitu 14 September. Jadi 2 hari kemudian 16 September hari paling sesuai untuk buat konvensyen ataupun Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang pertama.

"Tetapi itu semua bergantunglah, ini hanya perancangan dan akhirnya kita lihat bagaimana perkembangan politik (semasa) dan yang paling penting sambutan rakyat jelata," katanya kepada pemberita selepas Jamuan Perdana GHB sempena sambutan Aidilfitri di Kota Baru, malam kelmarin.

Difahamkan mesyuarat agung tahunan pertama parti itu akan diadakan di Kuala Lumpur.

Pada 13 Julai lepas, beberapa pemimpin kanan PAS daripada kumpulan progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti melancarkan GHB bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.

GHB dipengerusikan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, manakala ahli jawatankuasa interimnya terdiri daripada bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, bekas setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub, serta bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Ditanya mengenai keanggotaan beliau dalam PAS jika parti baharu itu menjadi kenyataan, ahli Parlimen Shah Alam itu berkata beliau akan berundur secara terhormat daripada PAS.

"Insya-Allah kami akan berundur secara terhormat bila parti baharu itu ditubuhkan dan bila kami menyertai parti baharu itu maka kami secara automatik tidak lagi menjadi ahli PAS kerana dalam perlembagaan PAS begitu, kami tak boleh menjadi ahli 2 parti," katanya.

Sementara itu, Hatta yang juga ahli Parlimen Kuala Krai enggan mengulas mengenai bai'ah yang dibuat PAS ketika diangkat menjadi calon parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lepas.

"Tak nak komen...tanyalah ulama pasal benda ini," katanya.

Hatta bagaimanapun mengesahkan akan menyertai parti baharu dan bersedia melepaskan keanggotaannya dalam PAS.

PAS sebelum ini mewajibkan bai'ah kepada anggotanya yang dipilih menjadi calon dalam pilihan raya bagi menentukan calon tidak menyeleweng daripada dasar Islam, cara dan matlamatnya. – Bernama, 21 Julai, 2015.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH