Ahli PAC Dilantik ke Kabinet, Siasatan 1MDB Kini Meragukan
Timbul persoalan hari ini apabila anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) diangkat ke dalam Kabinet ketika siasatan masih berlangsung berhubung skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, bersama Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, dan Datuk Mas Ermieyati Samsul dilantik menjadi timbalan menteri.
Nur Jazlan kini memegang jawatan timbalan menteri dalam negeri, manakala Reezal Merican dilantik sebagai timbalan menteri luar dan Mas Ermieyati dilantik menjadi timbalan menteri pelancongan dan kebudayaan.
Seorang lagi anggota PAC, Datuk Wilfred Madius Tangau kini merupakan menteri sains, teknologi, dan inovasi.
Sebelum ini, jawatankuasa bipartisan itu dianggotai 13 ahli, merangkumi 8 daripada Barisan Nasional dan 5 daripada pembangkang.
Dengan rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, terdapat keperluan menggantikan 4 anggota PAC itu untuk meneruskan inkuiri terhadap 1MDB minggu hadapan.
Bekas dan eksekutif 1MDB dijangka hadir ke inkuiri PAC bermula 4 Ogos hadapan. – The Malaysian Insider/28 Julai, 2015.
Kemas Kini:
Pendengaran 1MDB Tangguh Hingga Lantikan Ahli Baharu PAC, Kata Nur Jazlan
Datuk Nur Jazlan Mohamed umum peletakan jawatannya sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selepas dilantik sebagai timbalan menteri dalam Kabinet baharu, hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Julai, 2015.
Datuk Nur Jazlan Mohamed mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selepas dipilih menjadi timbalan menteri dalam negeri dalam rombakan Kabinet hari ini.
Beliau berkata susulan pengundurannya, semua prosiding yang diatur pada Ogos termasuk membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan ditangguhkan sehingga ahli baharu PAC dilantik pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak atas kepercayaan yang diberikan.
"Saya berjanji untuk membantu beliau dalam menjaga ketenteraman awam serta meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan serta membantu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku menteri dalam negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Najib menerusi rombakan Kabinet hari ini menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan digantikan dengan Zahid selain mengekalkan portfolio lama.
Nur Jazlan mengambil tempat Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kini menjawat menteri sumber asli dan alam sekitar.
Pengumuman Nur Jazlan itu mengurangkan kegusaran umum apabila timbul persoalan mengenai ahli PAC diangkat ke dalam Kabinet ketika siasatan masih berlangsung berhubung skandal syarikat 1MDB.
Selain Nur Jazlan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Mas Ermieyati Samsul yang menganggotai PAC turut dilantik menjadi timbalan menteri.
Reezal dilantik sebagai timbalan menteri luar dan Mas Ermieyati dilantik menjadi timbalan menteri pelancongan dan kebudayaan.
Seorang lagi ahli PAC, Datuk Wilfred Madius Tangau kini menteri sains, teknologi, dan inovasi.
Sebelum ini, jawatankuasa bi-partisan itu dianggotai 13 ahli, merangkumi 8 daripada Barisan Nasional dan 5 daripada pembangkang.
Dengan rombakan Kabinet yang diumumkan Najib hari ini, terdapat keperluan menggantikan 4 ahli PAC itu untuk meneruskan inkuiri terhadap 1MDB minggu depan.
Bekas dan eksekutif 1MDB sepatutnya hadir inkuiri PAC bermula 4 Ogos. – The Malaysian Insider/ 28 Julai, 2015.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.