Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Selasa, 14 Julai 2015

[Video] Khalwat: Kantoi Helah Menyamar Adik-beradik



ALOR SETAR - Sepasang pelajar sekolah sanggup menyamar adik-beradik demi mengelakkan diri mereka dicekup penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dalam Ops Ramadan, kelmarin.

Ketika disoal, mereka yang mendakwa sebagai adik-beradik memaklumkan terpaksa menyewa di hotel selepas keluar rumah.

Malah, mereka sanggup menipu keluar rumah semata-mata demi melepaskan tekanan memandangkan tidak tahan melihat ibu bapa bergaduh.

Bagaimanapun, helah dua pelajar masing-masing berusia 17 dan 16 tahun akhirnya terbongkar apabila diminta menunjukkan kad pengenalan.

Melalui soal siasat selanjutnya, pelajar lelaki seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pasangannya dikenal pasti tidak memiliki hubungan pertalian sebagai adik-beradik.

Dalam serbuan berasingan pula, seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun yang juga suami orang dicekup bersekedudukan dengan seorang wanita warga Indonesia.

Difahamkan, mereka berdua ditahan kerana menginap berdua-duaan dalam bilik sehingga mendatangkan syak, padahal didapati tidak mempunyai hubungan suami isteri yang sah.

Lebih memalukan, lelaki dan wanita yang ditahan terbabit masing-masing sudah mempunyai anak.

Dalam serbuan itu, mereka antara tujuh pasangan berusia 16 hingga 35 tahun yang ditahan dalam operasi dilakukan kira-kira 25 anggota penguatkuasa Jaik di hotel sekitar bandaraya Alor Setar.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang Jaik, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, semua mereka dipercayai mengambil kesempatan melakukan perbuatan tidak bermoral itu ketika umat Islam lain sibuk membuat amal ibadat dengan kedatangan Ramadan.

"Mungkin mereka anggap pihak berkuasa tak memantau ketika Ramadan dan sebab itu mereka berani berdua-duaan.

"Malah, wanita warga Indonesia yang ditahan itu tidak sepatutnya menyalahgunakan kesempatan mencari rezeki di sini dan pada masa sama melakukan maksiat," katanya.

Mereka yang disyaki berkhalwat disiasat di bawah Sekyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara. -Sinar Harian/14/7/15


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH