Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Jumaat, 10 Julai 2015

Pendedahan Terbaru WSJ: Apakah AS$529 Juta Dipindahkan ke Akaun Jho Low daripada 1MDB?



Apakah AS$529 Juta Dipindahkan ke Akaun Jho Low daripada 1MDB?

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan penyiasat Malaysia dan Singapura menyiasat sejumlah AS$529 juta di dalam akaun peribadi milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low di Singapura.

Laman The Sarawak Report (SR) turut menulis berkenaan akaun sama di bank BSI SA Singapura awal minggu ini.

Menurut WSJ dan SR, sejumlah AS$529 juta dipindahkan melalui beberapa transaksi antara Jun 2011 dan September 2013 kepada akaun BSI daripada Good Star Ltd.

Akaun BSO milik Abu Dhabi Kuwait Investment Corp (ADKMIC) dan pihak berkuasa Singapura mengesahkan kepada rakan sejawat dari Malaysia pemilik akaun itu adalah Jho Low. Akaun itu bagaimanapun ditutup pada Februari 2014.

Nama Good Star menjadi perhatian dalam urus niaga meragukan bersama 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak bekerjasama dengan PetroSaudi International pada September 2009.

Daripada jumlah AS$1bilion yang dimasukkan 1MDB, AS$700 juta diserahkan kepada Good Star sehari selepas kerjasama dimeterai.

Good Star tiada kaitan dengan kerjasama itu dan The Edge Malaysia melaporkan mereka juga bukan sebahagian daripada kumpulan PetroSaudi.

The Edge juga berkata, Good Star dikawal Jho Low, yang mana rakannya, Seet Li Lin merupakan ketua pelaburan di syarikat itu.

Selepas kerjasama itu dibatalkan pada Mei 2011, 1MDB menyerahkan AS$330 juta nota murabbaha daripada Petro Saudi dan wang itu juga dihantar ke akaun Good Star di RBS Coutts di Zurich.

Secara keseluruhan, AS$1.03 bilion daripada wang 1MDB disalurkan ke Good Star – AS$700 juta pada September 2009 dan AS$330 juta pada Mei 2011.

Jadi, adakah AS$529 juta daripada Good Star dipindahkan ke akaun Jho Low di BSI Singapura datang daripada 1MDB?

Dan jika benar, kenapa?

Ini adalah subjek siasatan pihak berkuasa Malaysia, Switzerland, dan Singapura, yang mahu tahu daripada mana datangnya AS$529 juta dalam akaun BSI Singapura. – The Malaysian Insider/10 Julai, 2015.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH