Pascal Bercakap tentang Pembunuhan Bapanya, Pengasas Ambank
Pascal Najadi percaya ada banyak lagi yang berkaitan dengan pembunuhan bapanya yang juga pengasas AmBank, Hussain Ahmad Najadi, dan mendakwa dalang di sebalik pembunuhan itu dibiarkan melarikan diri.
Pascal (gambar), dalam satu temu bual dengan Sarawak Report yang disiarkan hari ini, berkata walaupun penembak bapanya ditangkap tetapi mendakwa dalang pembunuhan itu dibiar melarikan diri.
Pascal (gambar) juga menolak spekulasi bahawa bapanya dibunuh kerana membantu sebuah kuil menghalang tanahnya diambil untuk pembangunan.
"Beliau tiada kaitan dengan kuil itu. Mengapa bunuh seseorang kerana sebab itu?" Pascal dipetik sebagai berkata.
Sebaliknya, Pascal percaya bahawa kematian bapanya ada berkaitan dengan rasuah dan pelakunya yang telah lari meninggal negara ini.
"Saya tidak ada penjelasan atas pembunuhannya kecuali rasuah di bank dan dalang dibiarkan melarikan diri melalui Sydney," Pascal dipetik sebagai berkata.
Pascal mendakwa bahawa pihak Malaysia tidak membuat susulan melalui Interpol.
"Dia rakyat Malaysia, dia menaiki penerbangan ke Sydney walaupun dia menjadi suspeknya," Pascal dipetik sebagai berkata.
Pihak Australia, dakwanya, menyusuli dalang itu ke Shanghai, tetapi mendakwa Malaysia tidak mencarinya.
Hussain ditembak mati pada 29 Julai 2013 pada jarak dekat di tempat letak kereta selepas meninggalkan sebuah kuil Cina di Lorong Ceylon. -Malaysia Kini/8/7/15
Baca temu ramah Sarawak Report dengan Pascal di sini.
Berkaitan:
Pembunuhan Pengasas AmBank Tiada Kaitan 1MDB - KPN
KUALA LUMPUR: Kes pembunuhan pengasas AmBank, Hussein Ahmad Najadi yang ditembak mati di Bukit Bintang pada Julai 2013 tidak mempunyai kaitan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau yang menafikan dakwaan itu berkata, ia disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan susulan itu pihaknya menyiasat perkara tersebut.
"Satu fitnah. Ia (kes pembunuhan Hussein) tak ada kaitan dengan 1MDB, tak benar sama sekali," katanya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Op Selamat 7)2015 di sini, Rabu.
Berikutan dakwaan itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Selasa menggesa Khalid supaya membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank itu.
"Pihak polis seharusnya menyiasat sama ada betul atau tidak bahawa pada Mac 2013, Hussein telah dilaporkan ke Bank Negara mengenai sejumlah besar wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dan kemudiannya mengenai sejumlah besar wang yang dikeluarkan dari bank-bank tersebut; dan Hussein telah membuat laporan polis tentang perkara itu pada 28 Julai 2013 apabila tiada sebarang tindakan daripada Bank Negara," dakwa Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan.
Jumaat lalu, Najib menyangkal laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) telah dimasukkan ke akaun peribadinya. -Mstar/8/7/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.