BN Guna JPN Daftar Rakyat Thai sebagai Pengundi?
Saya petik:
[FMT] Percubaan mendaftar warga asing dipercayai dari Thailand sebagai pengundi kini dikesan di Kelantan apabila satu program di bawah Jabatan Pendaftaran Negara dikenali ‘Mydaftar’ akan diadakan Sabtu ini.
Perkara itu didedahkan oleh ahli parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar yang melahirkan rasa bimbang memandangkan program seperti itu belum pernah berlaku sebelum ini.
Beliau mendakwa tindakan ini sebagai langkah Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan undi dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
Menurut Kamaruddin, beliau mengesyaki pendaftaran membabitkan warga Thailand sebagai pengundi ekoran kawasan parlimen Tumpat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berdekatan dengan sempadan.
Empat DUN dalam parlimen Tumpat ialah Pengkalan Kubur, Kelaboran, Pasir Pekan dan Wakaf Baru. Dalam pilihan raya umum lalu, BN hanya menang satu kerusi iaitu Pengkalan Kubor iaitu Noor Zahidi Omar.
Sempadan Thailand
“Kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bersempadan dengan Thailand. Maka ramai rakyat Thailand adalah beragama Islam dan selalu keluar masuk ke negeri ini (Kelantan).
“Saya dimaklumkan perkara ini pagi semalam. Namun ia berlaku ketika solat Jumaat minggu lalu. Operasi seperti ini belum pernah berlaku dalam jajahan Tumpat ini.
“Operasi ini dijalankan menerusi satu program dikenali Mydaftar iaitu satu program bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri untuk rakyat Kelantan yang masih belum mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta bagi yang layak memohon,” katanya dalam sidang media di pejabat agung PAS hari ini.
Program itu dikatakan diumumkan imam masjid di salah satu mukim di daerah tersebut Jumaat lalu, sebelum menunaikan solat Jumaat.
Program tersebut akan diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor Satu (1), Tumpat.
“Program ini sealiran dengan pemberian kad pengenalan segera kepada warga asing yang sedang berangsung seperti yang dilaporkan contohnya di Hulu Selangor,” katanya.
P/s: Siapa pengkhianat?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.