Padah Kahwin Anak Dara Orang di Thailand
Saya petik:
[HM] SUNGAI PETANI: “Saya bukan saja dibelasah dengan tangan diikat pada tiang, malah hanya tinggal seluar dalam selepas pakaian saya ditanggalkan,” kata seorang peniaga, Mohd Azhar Aziz, 31, yang mendakwa dipukul lebih sejam oleh sekumpulan 40 lelaki di Kampung Simpor Tambang, Kota Kuala Muda di sini, awal pagi kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati anggota keluarga isteri Mohd Azhar yang baru dikahwininya seminggu lalu di Thailand.
Mohd Azhar yang juga seorang peniaga berkata, dalam kejadian itu sekumpulan enam lelaki menaiki kereta dan motosikal datang ke rumahnya di Taman Orkid, Sungai Layar di sini, sebelum memecah masuk pagar dan pintu rumah.
Ketika itu, Mohd Azahar dan isterinya yang berusia 23 tahun berada di rumah dan kumpulan lelaki terbabit memaksanya memandu kereta dengan diiringi dua lelaki manakala isterinya dibawa dengan sebuah kereta lain.
Dia kemudian diarah berhenti dan turun dari kereta sebaik tiba di sebuah stesen minyak di Kampung Rantau Panjang, Kota Kuala Muda...
P/s: Fasal apa larikan anak dara orang? Keluarga mana yang tidak marah apabila anak gadis mereka dilarikan orang?
dia dah nikah dah....dah selamat..dia orang yang pukul pukul tu dapat upah tapi akai tak dak
Comment by perjalanan pulang @ Sabtu, Mei 21, 2011 1:51:00 PTG