Sebelum ini kecoh fasal harga RON 95 akan diselaraskan pada bulan depan. Timbul persoalan, mengapa tidak diselaraskan sekarang? Adakah kerana kejatuhan harga minyak dunia pada waktu ini? Namun teka teki itu terjawab apabila Nanyang Siang Pau memetik sumber tertentu mendakwa kerajaan berkemungkinan tidak menaikkan harga RON95 kerana bimbang akan protes dan kemarahan rakyat. Alasan itu bukanlah bermakna harga petrol RON95 tidak akan dinaikkan.
Hari ini seperti yang dilaporkan akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau, kenaikan tarif elektrik akan diumumkan pada 25hb Mei ini. Seperti yang ditulis di atas, kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat. Justeru, harga petrol RON95 dijangka kekal buat masa ini.
Impak atau kesan kenaikan tarif elektrik terhadap kerajaan dikatakan lebih kecil berbanding dengan kenaikan harga petrol RON95, dakwa sumber daripada jemaah menteri itu. Menurut laporan itu, kerajaan telah meluluskan kenaikan tarif berkenaan juga. Kenaikan ini sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikan harga gula juga dibuat pada minggu lalu.
P/s: Pagi tadi, saya terbaca fasal kebocoran jumlah gaji yang didakwa diterima oleh menteri dan timbalan menteri. Masing-masing menerima lebih RM50 ribu sebulan. Bukan itu sahaja, imbuhan dan kemudahan mewah yang lain turut diberikan kepada mereka. Lagi menyakitkan hati, mereka didakwa dikecualikan membayar bil utiliti, yang semakin membebankan rakyat.
Saya tidak mahu menilai kebodohan pengundi BN pada setiap pilihan raya. Yang saya geram, kebodohan mereka menjejaskan hidup kita.
statement last skali tu yg paling aku suka..
Comment by asri @ Khamis, Mei 19, 2011 9:01:00 PTG