Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Jumaat, 20 Mei 2011

[Kemas Kini] RON 95 Naik 30 Sen Pagi Ahad Ini? Bukan Ahad Ini, Tetapi Bulan Depan



Saya petik:
Berita yang tersebar di kalangan ramai
di Lembah Klang bahawa petrol RON95 akan dinaik
harga mulai tengah malam, iaitu awal pagi, Ahad.
Kenaikan dijangka sebanyak 30 sen seliter. -




Pagi ini (21/5) saya jumpa artikel fasal RON95. Menurut berita Mstar itu, kerajaan dikatakan akan menetapkan harga baru RON95 selewat-lewatnya awal bulan depan selepas kajian terperinci harga minyak dunia dilakukan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang meneliti semula harga pasaran minyak mentah dunia sebelum penyelarasan harga diputuskan bagi mengelak tanggungan subsidi yang lebih tinggi.

Maknanya, ada dua kemungkinan sama ada harga minyak kekal atau dinaikkan. Jangan mimpi untuk membeli petrol RON95 dengan harga yang lebih murah daripada sekarang. Besar kemungkinan, RON95 akan dinaikkan dengan pelbagai alasan. Saya berkata demikian kerana dalam berita yang sama Ismail Sabri yang pernah mengelentong rakyat Malaysia tahun lalu berkata semakan setiap enam bulan itu bukan dilakukan untuk membatalkan pemberian subsidi kepada rakyat tetapi mahu mengurangkan tanggungan subsidi kerajaan secara berperingkat-peringkat.

Dia juga menyatakan bahawa "Kita mesti lihat perkembangan yang berlaku di dunia pada ketika ini. Harga barang tidak akan kekal sepanjang masa." Memanglah harga barang tidak kekal sepanjang masa. Namun dari segi harga minyak, Malaysia sebagai negara pengeluar mempunyai cara untuk mengurangkannya melalui pemberian subsidi. Pemberian subsidi ini tidak membebankan kerajaan jika pendapatan dan harta negara diurus dengan betul. Tiada masalah bagi kerajaan menyediakan subsidi jika tiada komisen RM500 juta untuk membeli kapal selam dan rasuah berbilion ringgit dalam projek PKFZ, serta bermacam-macam lagi salah guna harta milik kerajaan. Selain itu, bagaimana cara untuk melakukannya (mengekalkan subsidi)? Sila tonton video debat Anwar-Shabery Chek. Jika kerajaan tidak mampu melakukannya, serahkanlah pemerintahan negara kepada pihak yang mampu melakukannya.

  Dalam berita yang sama Ismail Sabri turut menyatakan sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia masih kekal melebihi AS$100 setong (RM301), pemberian subsidi minyak akan meningkat kepada RM10 bilion berbanding hanya RM8 bilion pada tahun lalu. Menurut Ismail Sabri, nilai RM10 bilion itu akan membebankan kerajaan. Namun dia tidak pula mahu menyentuh subsidi yang diberikan kepada syarikat jana kuasa bebas (IPP) yang menerima subsidi berjumlah RM19-RM22 bilion setahun. Bila menyentuh fasal IPP, terbayang "kebodohan" TNB. Walaupun subsidi diberikan harga elektrik tetap naik, malah secara purata setiap rumah perlu membayar antara RM60-RM80 sebulan.

Elemen klise dalam berita seumpama ini, tidak kiralah berita fasal harga gula, tepung, dan sebagainya, perbandingan harga akan dinyatakan oleh pihak kerajaan. Kata Ismalil Sabri harga petrol di Malaysia masih jauh lebih murah berbanding dengan China yang menjual petrol RON 93 pada harga RM3.80 seliter manakala Indonesia, RM3.20 bagi petrol RON92. Mengapa dia tidak membanding harga petrol yang dijual oleh negara pengeluar minyak seperti Brunei, Venezuela, Bolivia, negara-negara Arab?





  1. menyebarkan KHABAR ANGIN akan diambil tindakan UNDANG-UNDANG betol ke? siap-siap lah ya.

    gravatar Comment by leekonyou @ Sabtu, Mei 21, 2011 6:55:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH