Gadis Dakwa Dipukau dan Dinoda
Semalam, HM melaporkan seorang gadis bukan sahaja dipukau lelaki yang baru dikenalinya, malah turut dirogol dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Permai, Ampang pertengahan April lalu.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 tengah hari itu berlaku tanpa disedari gadis berusia 18 tahun berkenaan apabila mendakwa dipukau lelaki terbabit yang melihat kedua-dua matanya sambil membaca sesuatu.
Sumber polis berkata, dalam perkenalan singkat itu, mangsa hanya mengikut arahan lelaki berusia 20-an itu yang memintanya keluar berehat bersama-sama untuk makan tengah hari. Katanya, mangsa yang dipukau membonceng motosikal menghala ke rumah lelaki itu di Taman Bukit Permai sebelum dirogol tanpa sedar.
Sumber polis berkata, dalam perkenalan singkat itu, mangsa hanya mengikut arahan lelaki berusia 20-an itu yang memintanya keluar berehat bersama-sama untuk makan tengah hari. Katanya, mangsa yang dipukau membonceng motosikal menghala ke rumah lelaki itu di Taman Bukit Permai sebelum dirogol tanpa sedar.
“Selepas beberapa jam, lelaki itu menghantar mangsa ke tempat kerja dan pada waktu itu, mangsa masih dalam keadaan tidak sedar."
Mangsa hanya menyedari sesuatu berlaku pada dirinya apabila bangun daripada tidur pada keesokan hari. Dia melaporkan kejadian itu kepada pihak polis selepas gagal menghubungi lelaki yang dipercayai telah menodainya.
P/s: Moralnya, jangan mudah percaya kepada orang yang baru dikenali. Jika perlu berjumpa seseorang yang baru dikenali, bawa teman. Sila ambil pengajaran!




Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.